KEUNIKAN CEPAT QURAN yang tiada pada aplikasi Al-Quran Bahasa Melayu yang lain ialah, ia membimbing pelajar cara Mudah, Cepat dan Tepat untuk mengenal dari awal huruf-huruf Hijaiyyah dengan sebutan Makhraj yang betul, dan membantu pelajar menguasai hukum-hukum Tajwid secara sistematik.
Tidak seperti Aplikasi Al-Quran yang lain, dimana ianya terus kepada bacaan potongan ayat-ayat Al-Quran.
Cepat Quran sesuai bagi mereka yang nak belajar dari ASAS dan mempunyai kekangan masa untuk menghadiri kelas secara bersemuka, dan ianya sangat sesuai dijadikan sebagai alat rujukan ilmu Tajwid Khusus buat Pencinta Al-Quran semua. Cara penyampaiannya juga sesuai untuk semua peringkat umur.
VIDEO DI BAWAH WAJIB DITONTON JIKA ANDA INGIN TAHU
17 KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI CEPAT QURAN
Di bawah adalah Pengenalan Kaedah Al-Barqy,
sebuah kaedah Cepat Belajar Mengaji Al-Quran
KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG, UNTUK MUAT TURUN APLIKASI CEPAT QURAN. Google Play bagi penguna telefon Android dan App Store bagi pengguna iPhone
PERHATIAN!!! Setelah anda mendaftar Ahli dan Sign Up, Kelulusan menjadi Ahli CEPAT QURAN dilakukan secara MANUAL. Proses akan mengambil masa tidak lebih dari 24jam
Sekiranya anda ingin belajar Al-Quran secara bersemuka di Pusat Pengajian kami atau ingin kami hantar Guru ke rumah anda, sila hubungi talian hotline kami 011-16217797
Aplikasi Mengaji Quran yang pertama seumpamanya. Cara Baru, Mudah dan Cepat. Sebuah Aplikasi "wajib" bagi setiap Muslim Kontemporari.
Adakah anda menghadapi salah satu cabaran dibawah?
- Anda selalu keliru membaca huruf Hijaiyyah yang bersambung-sambung?
- Bacaan Mad dalam Al-Quran selalu salah, ada yang pendek dibaca panjang, dan ada yang panjang dibaca pendek.
- Seronok dengar dan tengok orang lain baca Al-Quran dengan lancar, tapi anda baca tersangkut-sangkut dan tidak lancar.
- Membaca Al-Quran dalam keadaan tidak yakin dan was-was. Ini berlaku kerana tidak tahu Hukum Tajwid.
- Cepat sangat lupa apa yang dipelajari, khususnya ilmu Tajwid. Bagusnya Kelas Quran Online ini, anda dapat ulang-ulang dan jadikan sebagai tempat rujukan bila perlu.
- Tak tahu macam mana nak baca ‘waqf’ (cara nak berhenti), khususnya sewaktu membaca ayat panjang dan nafas habis. Jangan bimbang, semua orang hadapi masalah ini sewaktu membaca ayat yang panjang. Isunya bukan dimana nak berhenti, tapi bagaimana nak berhenti.
- Nak sangat hadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada ibu/ayah tercinta, tapi hanya mampu mengalirkan airmata.
- Siang hari sibuk bekerja, malam pulak badan dah letih, hujung minggu pula nak luangkan masa dengan keluarga. Akhirnya tiada masa untuk menghadiri kelas Al-Quran di pusat-pusat pengajian Al-Quran secara bersemuka.
- Jadual kerja yang tidak menentu dan sentiasa bertukar, ini menyukarkan anda untuk memberi komitmen menghadiri kelas Al-Quran yang jadual pengajian telah ditetapkan oleh pusat pengajian. Dengan Kelas Quran Online, masa lapang 5-10 minit pun anda boleh belajar. Bila-bila masa sahaja.
- Menghadapi kesukaran mencari pusat pengajian Al-Quran yang berdekatan. Sebenarnya telefon ditangan anda boleh menjadi “pusat pengajian”, JIKA ANDA INGINKAN.
- Mempunyai perasaan MALU yang tinggi berhadapan guru atau kawan-kawan untuk mula belajar balik dari Asas di pusat-pusat pengajian yang sedia ada. Akhirnya level bacaan Al-Quran masih di tahap yang sama. Kini anda hanya perlu berhadapan dengan diri sendiri.
- Mempunyai masalah kos dan pengangkutan dari rumah/tempat kerja ke pusat pengajian Al-Quran. Jadikanlah kemana sahaja anda pergi, disitulah “pusat pengajian” anda.
PERHATIAN!!!
Sekiranya anda menghadapi salah satu cabaran diatas, sila teruskan bacaan. Anda sedang berada di laman web yang tepat, mungkin web ini dapat memberikan cadangan penyelesaian bagi masalah anda.
Teruskan membaca, sekiranya anda ingin ketahui apa yang akan dipelajari dari Aplikasi Al-Quran ini.
Jangan takut dengan istilah-istilah tajwid diatas, dengan Aplikasi CEPAT QURAN anda akan belajar satu-satu pelajaran pada satu-satu masa.
Teruskan Membaca sekiranya anda ingin ketahui tentang Kaedah Pengajian dan keistimewaan Aplikasi CEPAT QURAN.
- Kaedah baru ini menggunakan kata kunci yang mudah diingat dan difahami untuk dijadikan sebagai sumber rujukan khususnya disaat para pelajar terlupa sebutan huruf, Ianya sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat, khusus bagi yang nak mula dari asas sehingga mahir dalam ilmu Tajwid.
- Kaedah ini juga bercirikan anti-lupa. Selain itu ianya selari dengan pengajaran bahasa Arab yang mana setiap huruf terus diberikan baris melalui struktur kata dan kalimat.
- Sistem yang tersusun bagi membentuk keupayaan untuk membaca Al-Quran. Bermula dengan mengenal huruf, bacaan berbaris, tanwin, hukum dan bacaan mad, nun dan mim sukun (mati), mim dan nun sabdu dan pelbagai lagi perbincangan dalam ilmu tajwid.
- Teknik pengajaran ini telah terbukti berkesan dan membawa perubahan kepada ramai dalam mutu bacaan Al-Quran mereka.
- Pembimbing pengajian yang bertauliah dan berpengalaman dalam membimbing pelajar yang pelbagai peringkat dan latar belakang.
- Masa pengajian yang fleksibel, anda TIDAK TERIKAT DENGAN JADUAL tertentu, ini memberi kebebasan untuk anda tentukan waktu belajar bersesuaian dengan rutin harian anda, hasilnya, pengurusan masa yang lebih tersusun.
- Anda tentukan sendiri tempat untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran, boleh belajar dimana-mana sahaja mengikut kelapangan anda walaupun 5 minit, dengan penjimatan masa ini, diharap menghasilkan PROSES PENGAJIAN YANG LEBIH CEPAT. Selain itu dengan lebihan masa ini, anda boleh luangkan bersama keluarga atau aktiviti lain yang berfaedah.
- Tiada yuran bulanan atau tahunan. Hanya dengan sekali bayar, dapat belajar sampai akhir hayat.
- Dapat mengulang-ulang pelajaran sehingga benar-benar faham. Pelajar yang mengikuti kelas ini mempunyai akses yang TIADA HAD.
- Tak perlu lagi fikir soal transport, masa dan kos perjalanan dari rumah ke tempat pengajian, PENJIMATAN MASA ini boleh anda salurkan ke urusan dan perkara yang lain.
- Kini malu bukan lagi alasan, sesiapa yang ada keinginan, ada usaha, pasti berjaya insyaAllah.
Kenali Guru Pembimbing yang akan membimbing anda melalui Aplikasi CEPAT QURAN.
Ustaz Mohd Izwan bin Ahmad adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan Fatehah Learning Centre, sebuah Pusat Pengajian Al-Quran yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Mula mengenali ilmu Al-Quran melalui Ibu dan arwah ayah yang juga merupakan guru Al-Quran di kampung. Mendapat pendidikan sekolah menengah di Madrasah Taufikiah (Pondok PakYa), Kedah. Seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Syed Mawdoodi International Islamic Educational Institute Lahore, Pakistan. Kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UIA Gombak.
Pernah menjadi Guru di sekolah Rendah Lelaki, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, dan guru di Sekolah Menengah Raja Ali di Jalan Ipoh.
Kemudian beliau mendapat tawaran berkhidmat sebagai pensyarah di Taylor’s University selama 8 tahun, sebelum mengasaskan Pusat Pengajian Al-Quran Fatehah.
Beliau juga merupakan GURU AL-QURAN BERSANAD Qiraat A’syarah Riwayat Imam Hasf bin Sulaiman Al-Kufi dari Imam A’sim bin Abi Najud Al-Kufi dari Tariq As-Syatibiyyah. Dan beliau adalah murid kepada Syeikh Muhammad bin Abdun Nabiy bin Abdul Hasib Abu A’la.
Ustaz Mohd Izwan Ahmad adalah susunan sanad ke 14 sehingga IMAM IBNU JAZARI dan bilangan ke 30 sehingga BAGINDA NABI MUHAMMAD s.a.w.
Apa kata mereka yang telah mengikuti dan menggunakan Aplikasi CEPAT QURAN.
Idea Asal Tercetusnya Aplikasi CEPAT QURAN.
Semenjak awal penubuhan pusat pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre (FLC) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, banyak maklum balas dari pelajar dan orang ramai yang akhirnya membuatkan kami terpanggil untuk membuatkan rakaman video pengajian Al-Quran.
Antara sebab utama adalah untuk dijadikan sebagai tempat rujukan pelajar kami dan menggalakkan mereka untuk membuat latihan ulangan di rumah.
Selain itu, kami juga banyak menerima permintaan untuk belajar mengaji dari mereka yang berminat, tetapi tinggal berjauhan dari Wangsa Maju, seperti dari Selangor, Johor, kedah dan banyak lagi lokasi termasuk Sabah dan Sarawak. Jarak yang jauh menyebabkan mereka sukar menghadiri kelas secara bersemuka di FLC.
Disamping itu, ada juga permohonan dan minat untuk belajar dari mereka yang berkerja ‘shift’, seperti jururawat, pemandu lori, polis dan ramai lagi yang mempunyai jadual kerja yang tidak tetap dan tak menentu. Ini membuatkan mereka tidak dapat memberi komitmen dengan jadual kelas yang ditetapkan oleh FLC di Wangsa Maju.
Tidak kurang juga minat untuk belajar dari rakyat Malaysia yang belajar atau berkerja di luar negara.
Setelah difikir dan dibincangkan demi memberi kemudahan dan manfaat kepada lebih ramai “Pencinta Al-Quran” diluar sana, maka lahirlah Kelas Quran Online sebagai PENYELESAI MASALAH.
KINI HANYA DENGAN SMART PHONE, DIMANA-MANA & BILA-BILA MASA SAHAJA ANDA DAPAT BELAJAR MENGAJI AL-QURAN.
KLIK GAMBAR DI BAWAH SEKARANG, UNTUK MUAT TURUN APLIKASI CEPAT QURAN.
PERHATIAN!!! IKUT TIGA LANGKAH DIBAWAH UNTUK MENDAFTAR KE KELAS QURAN ONLINE
Pertama: Lakukan pembayaran seperti dibawah
Online Banking: Maybank
Akaun Nombor: 5648 1050 8375
Diatas nama Samudera Kesenangan
fatehahlearningcentre@gmail.com
Sila WhatsApp bukti pembayaran di +601116217797
Kedua: KLIK Butang Daftar dibawah dan isi eBorang yang disediakan
Ketiga: Pergi ke Closed Group (kumpulan tertutup) Facebook “Kelas Quran Online Fatehah”, dan tekan “JOIN“ (Anda akan dihubungi untuk pengesahan)
VISI KAMI
Kami mengajak orang ramai menyertai Visi Kami iaitu memastikan semua manusia yang bergelar Muslim dapat membaca Al-Quran melalui medium pengajian yang disediakan.
MISI KAMI
Demi merealisasikan Visi yang besar itu, dengan sokongan dan dokongan masyarakat semua, Misi Kami seterusnya ialah menyediakan platform belajar mengaji Al-Quran didalam Bahasa English supaya dapat dijadikan medium pembelajaran Al-Quran bagi mereka yang bertutur dalam Bahasa English di seluruh dunia. Dengan harapan, pada akhirnya kami dapat menyediakan platform belajar Mengaji Al-Quran kedalam semua bahasa utama di dunia.
Semoga dengan ini, setiap usaha dan sumbangan kita menjadi Saham Akhirat yang sangat menguntungkan, sebagaimana pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Untuk sertai kelas Al-Quran secara bersemuka di Pusat Pengajian Fatehah Learning Centre di Wangsa Maju boleh hubungi kami seperti dibawah.
HUBUNGI KAMI
Alamat
FATEHAH LEARNING CENTRE
27-2 Jalan Wangsa Delima 2A
Seksyen 5, Wangsa Maju
53000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Telefon
+60341319057
Hotline
+601116217797
fatehahlearningcentre@gmail.com