Hanya Dengan Smartphone Anda boleh Belajar

Terimalah Sumbangan Kecil Kami demi Perkembangan Islam di Nusantara Tanah Melayu. Dibimbing oleh GURU AL-QURAN BERSANAD USTAZ MOHD IZWAN BIN AHMAD

Kelas Mengaji Quran Online yang pertama seumpamanya. Cara Baru, Mudah dan Cepat. Kini hanya dengan smartphone anda boleh belajar, dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.


Kelas Al-Quran Online kaedah Al-Barqy adalah cara pengajian yang telah terbukti cepat dan mudah untuk belajar membaca Al-Quran dari asas permulaan mengenal huruf sehingga lancar dan mahir dalam ilmu tajwid. Disediakan khusus bagi membantu mereka yang sibuk dengan urusan harian dan tidak sempat hadiri kelas secara bersemuka

Tidak seperti kaedah pengajian lain, Kelas Al-Quran Online kaedah Al-Barqy menggunakan kunci kata yang bersifat anti-lupa dan anda dapat mengulang kaji pengajian dimana-mana dan bila-bila masa sahaja sehingga mahir dalam bacaan Al-Quran.

Adakah anda menghadapi salah satu cabaran dibawah?

    • Anda selalu keliru membaca huruf Hijaiyyah yang bersambung-sambung?
    •  
    • Bacaan Mad dalam Al-Quran selalu salah, ada yang pendek dibaca panjang, dan ada yang panjang dibaca pendek.  
    • Seronok dengar dan tengok orang lain baca Al-Quran dengan lancar, tapi anda baca tersangkut-sangkut dan tidak lancar.
    •  
    • Membaca Al-Quran dalam keadaan tidak yakin dan was-was. Ini berlaku kerana tidak tahu Hukum Tajwid.  
     
    • Cepat sangat lupa apa yang dipelajari, khususnya ilmu Tajwid. Bagusnya Kelas Quran Online ini, anda dapat ulang-ulang dan jadikan sebagai tempat rujukan bila perlu.
     
    • Tak tahu macam mana nak baca 'waqf' (cara nak berhenti), khususnya sewaktu membaca ayat panjang dan nafas habis. Jangan bimbang, semua orang hadapi masalah ini sewaktu membaca ayat yang panjang. Isunya bukan dimana nak berhenti, tapi bagaimana nak berhenti.
    •  
    • Nak sangat hadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada ibu/ayah tercinta, tapi hanya mampu mengalirkan airmata.
    •  
    • Siang hari sibuk bekerja, malam pulak badan dah letihhujung minggu pula nak luangkan masa dengan keluarga.  Akhirnya tiada masa untuk menghadiri kelas Al-Quran di pusat-pusat pengajian Al-Quran secara bersemuka.
    •  
    • Jadual kerja yang tidak menentu dan sentiasa bertukar, ini menyukarkan anda untuk memberi komitmen menghadiri kelas Al-Quran yang jadual pengajian telah ditetapkan oleh pusat pengajian. Dengan Kelas Quran Online, masa lapang 5-10 minit pun anda boleh belajar. Bila-bila masa sahaja.
    •  
    • Menghadapi kesukaran mencari pusat pengajian Al-Quran yang berdekatan. Sebenarnya telefon ditangan anda boleh menjadi "pusat pengajian", JIKA ANDA INGINKAN.
    •  
    • Mempunyai perasaan MALU yang tinggi berhadapan guru atau kawan-kawan untuk mula belajar balik dari Asas di pusat-pusat pengajian yang sedia ada. Akhirnya level bacaan Al-Quran masih di tahap yang sama. Kini anda hanya perlu berhadapan dengan diri sendiri.
    • Mempunyai masalah kos dan pengangkutan dari rumah/tempat kerja ke pusat pengajian Al-Quran. Jadikanlah kemana sahaja anda pergi, disitulah "pusat pengajian" anda.

PERHATIAN!!!
Sekiranya anda menghadapi salah satu cabaran diatas, sila teruskan bacaan. Anda sedang berada di laman web yang tepat, mungkin web ini dapat memberikan cadangan penyelesaian bagi masalah anda.

Teruskan membaca, sekiranya anda ingin ketahui apa yang akan dipelajari dari Kelas Quran Online ini.

Jangan takut dengan istilah-istilah tajwid diatas, di Kelas Quran Online, anda akan belajar satu-satu pelajaran pada satu-satu masa.

Teruskan Membaca sekiranya anda ingin ketahui tentang Kaedah Pengajian dan keistimewaan Kelas Quran Online ini.

  • Kaedah baru ini menggunakan kata kunci yang mudah diingat dan difahami untuk dijadikan sebagai sumber rujukan khususnya disaat para pelajar terlupa sebutan huruf, Ianya sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat, khusus bagi yang nak mula dari asas sehingga mahir dalam ilmu Tajwid
  • Kaedah ini juga bercirikan anti-lupa. Selain itu ianya selari dengan pengajaran bahasa Arab yang mana setiap huruf terus diberikan baris melalui struktur kata dan kalimat.
  • Sistem yang tersusun bagi membentuk keupayaan untuk membaca Al-Quran. Bermula dengan mengenal huruf, bacaan berbaris, tanwin, hukum dan bacaan mad, nun dan mim sukun (mati), mim dan nun sabdu dan pelbagai lagi perbincangan dalam ilmu tajwid.
  • Teknik pengajaran ini telah terbukti berkesan dan membawa perubahan kepada ramai dalam mutu bacaan Al-Quran mereka.
  • Pembimbing pengajian yang bertauliah dan berpengalaman  dalam membimbing pelajar yang pelbagai peringkat dan latar belakang.
  • Masa pengajian yang fleksibel, anda TIDAK TERIKAT DENGAN JADUAL tertentu, ini memberi kebebasan untuk anda tentukan waktu belajar bersesuaian dengan rutin harian anda, hasilnya, pengurusan masa yang lebih tersusun.
  • Anda tentukan sendiri tempat untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran, boleh belajar dimana-mana sahaja mengikut kelapangan anda walaupun 5 minit, dengan penjimatan masa ini, diharap menghasilkan PROSES PENGAJIAN YANG LEBIH CEPAT. Selain itu dengan lebihan masa ini, anda boleh luangkan bersama keluarga atau aktiviti lain yang berfaedah.
  • Tiada yuran bulanan atau tahunan. Hanya dengan sekali bayar, dapat belajar sampai akhir hayat.
  • Dapat mengulang-ulang pelajaran sehingga benar-benar faham. Pelajar yang mengikuti kelas ini mempunyai akses yang TIADA HAD.  
  • Tak perlu lagi fikir soal transport, masa dan kos perjalanan dari rumah ke tempat pengajian, PENJIMATAN MASA  ini boleh anda salurkan ke urusan dan perkara yang lain.
  • Kini malu bukan lagi alasan, sesiapa yang ada keinginan, ada usaha, pasti berjaya insyaAllah.
  • Disamping rakaman video diatas, sebagai sokongan tambahan, setiap pelajar yang mendaftar di Kelas Quran Online akan diberikan sesi 'live' (berdasarkan temujanji) sebanyak 12 sesi selama 1 tahun, bermula tarikh mendaftar. 

Kenali Guru Pembimbing yang akan membimbing anda dalam Kelas Quran Online ini

Ustaz Mohd Izwan bin Ahmad adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan Fatehah Learning Centre, sebuah Pusat Pengajian Al-Quran yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Mula mengenali ilmu Al-Quran melalui Ibu dan arwah ayah yang juga merupakan guru Al-Quran di kampung.  Mendapat pendidikan sekolah menengah di Madrasah Taufikiah (Pondok PakYa), Kedah. Seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Syed Mawdoodi International Islamic Educational Institute Lahore, Pakistan. Kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UIA Gombak.

Pernah menjadi Guru di sekolah Rendah Lelaki, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, dan guru di Sekolah Menengah Raja Ali di Jalan Ipoh. 

Kemudian beliau mendapat tawaran berkhidmat sebagai pensyarah di Taylor's University selama 8 tahun, sebelum mengasaskan Pusat Pengajian Al-Quran Fatehah.

Beliau juga merupakan GURU AL-QURAN BERSANAD Qiraat A’syarah Riwayat Imam Hasf bin Sulaiman Al-Kufi dari Imam A’sim bin Abi Najud Al-Kufi dari Tariq As-Syatibiyyah. Dan beliau adalah murid kepada Syeikh Muhammad bin Abdun Nabiy bin Abdul Hasib Abu A’la.

Ustaz Mohd Izwan Ahmad adalah susunan sanad ke 14 sehingga IMAM IBNU JAZARI dan bilangan ke 30 sehingga BAGINDA NABI MUHAMMAD s.a.w.

 

Teruskan bacaan sekiranya anda ingin melihat Preview rakaman pengajian untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagaimana Kelas Al-Quran ini dijalankan

Kelas Al-Quran Online ini mengandungi lebih dari 150 rakaman yang bermula dari pelajaran pertama sehingga tamat pengajian tajwid.

Disamping rakaman video diatas, sebagai sokongan tambahan, setiap pelajar yang mendaftar di Kelas Quran Online akan diberikan sesi 'live' (berdasarkan temujanji) sebanyak 10 sesi selama 1 tahun, bermula tarikh mendaftar. 

Selain itu perkongsian terbaru berkenaan ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran akan juga diberikan dengan harapan melahirkan bibit-bibit CINTA AL-QURAN didalam hati kita semua.

Dibawah adalah antara beberapa preview rakaman kelas Al-Quran Online kaedah Al-Barqy yang disampaikan oleh Ustaz Izwan Ahmad dengan cara yang mudah difahami dan diikuti.

PERHATIAN!!! Sekiranya anda ingin ketahui Cara Penggunaan Kelas Quran Online, "Wajib" tonton video dibawah.

Tonton video 'Cara Penggunaan Kelas Quran Online' untuk mengetahui cara menyertai dan mengikuti pengajian dengan BETUL untuk mendapatkan keberkesanan yang paling maksima. 

Apa kata mereka yang telah mengikuti dan menggunakan Kelas Quran Online

"Dulu ilmu tajwid saya kosong, Alhamdulillah dengan bimbingan Ustaz Izwan, sekarang bacaan Al-Quran saya semakin baik dan ilmu tajwid saya semakin bagus. Semoga Ustaz Izwan terus istiqamah".
IMG-5510
Rudiah Ahmad
Administrator Multimedia University
"Kaedah Al-Barqy bagus dan senang. Sebagai jururawat dengan jadual kerja yang sentiasa bertukar, Kelas Quran Online sangat membantu, saya dapat buat ulang kaji bila-bila masa sahaja. Jimat masa, tambahan sekarang ada anak kecil, kat rumah sambil jaga anak pun dapat belajar. Boleh berlajar sampai bila-bila".
IMG-5504
Nur Shazwani
Jururawat
"saya memang tercari-cari cara pengajian seperti ini, sesuai untuk orang yang berkerja seperti saya, sistem dan susunan sangat mudah dengan menggunakan kata kunci. Dapat buat ulang kaji sewaktu saya dalam perjalanan ke tempat kerja dalam train. Latihan dapat dibuat setiap hari. Dengan unlimited access, Dapat belajar dari guru yang berkemahiran dan bertauliah".
bb
Mohd Radzi
Chartered Accountant
"Kaedah kunci kata ini sangat memudahkan dan senang nak diingat. Ustaz Izwan banyak memberi penerangan dengan cara yang mudah dan terperinci. Kelas Quran Online sesuai untuk pegawai polis seperti saya yang jadual kerja tak menentu. Jimat masa, boleh buat latihan waktu malam dirumah atau waktu rehat dipejabat".
cc
Fazlur
Pegawai Polis
"Susunan pengajian sangat sistematik, kaedah peta minda sangat membantu. kelas Quran online ini juga menjimatkan, tak perlu kos pengangkutan, sesuai untuk mereka yang sibuk menguruskan kerjaya dan keluarga, disamping itu ia menjadi tempat rujukan saya bila diperlukan".
IMG-5513
Mursyidah
Juruteknologi Makmal Perubatan
"Saya rasa sangat bersyukur, dulu saya baca Al-Quran dalam was-was, sekarang bacaan saya semakin yakin. Umur bukan penghalang untuk belajar Al-Quran, pelajaran tajwid bukan habis disini sahaja, kita akan bawa sampai ke mati, ini untuk kebaikan kita dunia dan akhirat".
IMG-5511
Rusli Muhammad
Pesara Tentera

Idea Asal Tercetusnya Kelas Quran Online

Semenjak awal penubuhan pusat pengajian Al-Quran Fatehah Learning Centre (FLC) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, banyak maklum balas dari pelajar dan orang ramai yang akhirnya membuatkan kami terpanggil untuk membuatkan rakaman video pengajian Al-Quran.

Antara sebab utama adalah untuk dijadikan sebagai tempat rujukan pelajar kami dan menggalakkan mereka untuk membuat latihan ulangan di rumah.

Selain itu, kami juga banyak menerima permintaan untuk belajar mengaji dari mereka yang berminat, tetapi tinggal berjauhan dari Wangsa Maju, seperti dari Selangor, Johor, kedah dan banyak lagi lokasi termasuk Sabah dan Sarawak. Jarak yang jauh menyebabkan mereka sukar menghadiri kelas secara bersemuka di FLC.

Disamping itu, ada juga permohonan dan minat untuk belajar dari mereka yang berkerja ‘shift’, seperti jururawat, pemandu lori, polis dan ramai lagi yang mempunyai jadual kerja yang tidak tetap dan tak menentu. Ini membuatkan mereka tidak dapat memberi komitmen dengan jadual kelas yang ditetapkan oleh FLC di Wangsa Maju.

Tidak kurang juga minat untuk belajar dari rakyat Malaysia yang belajar atau berkerja di luar negara.

Setelah difikir dan dibincangkan demi memberi kemudahan dan manfaat kepada lebih ramai “Pencinta Al-Quran” diluar sana, maka lahirlah Kelas Quran Online sebagai PENYELESAI MASALAH.

KINI HANYA DENGAN SMART PHONE, DIMANA-MANA & BILA-BILA MASA SAHAJA ANDA DAPAT BELAJAR MENGAJI AL-QURAN.

Berapakah bayaran yuran untuk sertai Kelas Quran Online ini?

Sebenarnya, walau berapapun yuran pendaftaran, ianya bukanlah nilai  sebenar ilmu Al-Quran itu. bayaran Tuan/Puan adalah untuk  bertujuan supaya dapat kami teruskan Misi dan Visi kami demi perkembangan Al-Quran di Bumi Allah ini. 

Dengan sekali bayaran penyertaan, anda dapat belajar sepanjang hayat, dan video rakaman pengajian tambahan akan kami tambah dari masa ke semasa.

 

DISKAUN INI SAH SEPANJANG BULAN RABI'UL AWAL 1440H

Tiada yuran bulanan atau tahunan. Hanya dengan sekali bayar, dapat belajar sampai akhir hayat.

3 Bonus Tambahan

Jika anda mendaftar sekarang, kami berikan 6 Bonus Tambahan;

  1. Sesi 'live' (berdasarkan temujanji) sebanyak 12 sesi selama 1 tahun, bermula tarikh mendaftar. 
  2. eMushaf Rasm Uthmani
  3. ebook Ringkasan Nota Tajwid
 

PERHATIAN!!! IKUT TIGA LANGKAH DIBAWAH UNTUK MENDAFTAR KE KELAS QURAN ONLINE

Pertama: Lakukan pembayaran seperti dibawah

Online Banking: Maybank 

   Akaun Nombor: 5648 1050 8375

Diatas nama Samudera Kesenangan

fatehahlearningcentre@gmail.com

Sila WhatsApp bukti pembayaran di +601116217797

Kedua: KLIK Butang Daftar dibawah dan isi eBorang yang disediakan

Ketiga: Pergi ke Closed Group (kumpulan tertutup) Facebook "Kelas Quran Online Fatehah", dan tekan "JOIN" (Anda akan dihubungi untuk pengesahan)

VISI KAMI

Kami mengajak orang ramai menyertai Visi Kami iaitu memastikan semua manusia yang bergelar Muslim dapat membaca Al-Quran melalui medium pengajian yang disediakan.

MISI KAMI

Demi merealisasikan Visi yang besar itu, dengan sokongan dan dokongan masyarakat semua, Misi Kami seterusnya ialah menyediakan platform belajar mengaji Al-Quran didalam Bahasa English supaya dapat dijadikan medium pembelajaran Al-Quran bagi mereka yang bertutur dalam Bahasa English di seluruh dunia. Dengan harapan, pada akhirnya kami dapat menyediakan platform belajar Mengaji Al-Quran kedalam semua bahasa utama di dunia.

Semoga dengan ini, setiap usaha dan sumbangan kita menjadi Saham Akhirat yang sangat menguntungkan, sebagaimana pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Untuk sertai kelas Al-Quran secara bersemuka di Pusat Pengajian Fatehah Learning Centre di Wangsa Maju boleh hubungi kami seperti dibawah.

HUBUNGI KAMI

Alamat 

FATEHAH LEARNING CENTRE

27-2 Jalan Wangsa Delima 2A

Seksyen 5, Wangsa Maju

53000 Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan

Telefon

+60341319057

Hotline

+601116217797

Email

fatehahlearningcentre@gmail.com