TAPI~ Sebenarnya kaedah Cepat Quran ini sesuai untuk semua umat islam untuk mahir membaca Al-Quran
InsyaAllah nanti akan mahir sehingga boleh baca macam Syeikh Mishary Rashid
Ustaz Mohd Izwan bin Ahmad adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan Fatehah Learning Centre, sebuah Pusat Pengajian Al-Quran yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Beliau Mula mengenali ilmu Al-Quran melalui Ibu dan arwah ayah yang juga merupakan guru Al-Quran di kampung.
Mendapat pendidikan sekolah menengah di Madrasah Taufikiah (Pondok PakYa), Kedah.
Seterusnya Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Syed Mawdoodi International Islamic Educational Institute Lahore, Pakistan.
Kemudian Beliau melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UIA Gombak.
Beliau pernah menjadi Guru di sekolah Rendah Lelaki, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, dan guru di Sekolah Menengah Raja Ali di Jalan Ipoh.
Kemudian Beliau mendapat tawaran berkhidmat sebagai pensyarah di Taylor’s University selama 8 tahun, sebelum mengasaskan Pusat Pengajian Al-Quran Fatehah.
Beliau juga merupakan GURU AL-QURAN BERSANAD Qiraat A’syarah Riwayat Imam Hasf bin Sulaiman Al-Kufi dari Imam A’sim bin Abi Najud Al-Kufi dari Tariq As-Syatibiyyah. Dan beliau adalah murid kepada Syeikh Muhammad bin Abdun Nabiy bin Abdul Hasib Abu A’la.
Ustaz Mohd Izwan Ahmad adalah susunan sanad ke 14 sehingga IMAM IBNU JAZARI dan bilangan ke 30 sehingga BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W
Saya cuma nak beritahu, ini adalah website paling penting yang anda baca hari ini.
Terutama sekali jika anda teringin sangat nak membaca Al-Quran dengan lancar.
Ramai orang berasa takut dan berfikir… “eh aku dah umur 35 tahun… macam mana nak belajar Al-Quran ni? boleh ke belajar lagi ni?”
Berdasarkan pengalaman Ustaz berdepan dengan beribu peserta, anda memang niat nak berubah, tapi tak tahu dari mana nak mula dan bagaimana nak bermula?
Sekiranya anda menghadapi cabaran seperti di atas, teruskan bacaan sehingga akhir laman ini. Ustaz ada penyelesaian terbaik untuk masalah-masalah anda hadapi ini.
Sebuah Aplikasi Belajar Baca Al-Quran Secara Mobile
Belajar Mengaji Al-Quran Dari Kosong Kepada Mahir!
Kaedah Mudah Ingat, Anti Lupa & Boleh Lancar Seawal 30 Hari!
Ya! Jangan Risau~ Dengan Kecanggihan Teknologi Sekarang, Anda Akan Belajar Melalui Handphone Dan Boleh Diulang-Ulang Sehingga Pandai!
Ustaz nak cerita sikit pasal Mat ni.
Bukan nama sebenarlah.
Dia ni dulu tak belajar Quran sampai khatam.
Belajar masa kecil dulu sebab mak ayah suruh. Mak ayah busy cari rezeki, dia pun buat-buat busy hal dia sendiri.
Yelah, mak ayah tak suruh kan.
Bila Mat dah besar, baru Mat terfikir… aduh macam mana nak baca Quran ni?
Dia cuba cari ustaz yang boleh tolong… ada yang termenganjing dia. Terguris hati dia.
Tapi sebab dia faham dia pun ada silap dia sendiri, dia tinggalkan ustaz tu… dan cari lain.
Pada masa yang sama… dia rasa menyampah dengan diri sendiri… tapi sampai bila kan?
Yang ustaz cakap kat Mat ialah cuba untuk perbaiki masa sekarang… untuk masa hadapan yang lebih baik.
Itu yang Cepat Quran boleh tolong
“Tiada Nyanyian Seindah Alunan Ayat al-Quran”
Diatas adalah muka depan Aplikasi Cepat Quran
Butang “ASAS QURAN” akan membawa anda kepada silibus Cepat Quran yang merangkumi 2 video asas belajar al-Quran.
Aplikasi Cepat Quran ini boleh di akses melalui telefon Android & Apple ( IOS )
Setelah Anda mendaftar sebagai ahli Cepat Quran, anda boleh mengakses ke bahagian Ahli Sahaja seperti diatas.
Dibahagian ini terdapat seluruh video pengajaran Al-Quran dari “Zero to Hero”
Disini juga akan boleh mengakses Nota Pantas – Tajwid & Boleh mengakses Group bantuan kami di Telegram & Facebook group 💪
Setiap sesi pembelajaran telah dikategorikan agar memudahkan anda mempelajari satu per satu ilmu.
Bermula dengan Asas Al-quran, kemudian anda akan belajar Asas Lanjutan yang lebih mendalam.
Kemudian, barulah anda akan diajarkan Ilmu tajwid
InsyaAllah melalui kaedah yang disusun rapi ini akan memudahkan menyerap ilmu ke minda separa sedar anda dengan efisen!
Setiap sesi pembelajaran juga diikuti dengan latihan sebutan setiap huruf agar anda cepat mengenal huruf & cara sebutannya.
Ini realitinya kita sebagai umat islam..
kebanyakan masih salah cara sebutan huruf-huruf Al-Quran, dek kerana dah yakin dengan ilmu yang ada
tapi sebenarnya, kita hendaklah selalu semak bacaan kita secara berkala, kan mudah kalau ada aplikasi Cepat Quran dalam handphone..
Boleh semak bacaan bila-bila masa! 🤗
Cepat Quran mengguna pakai teknik pengajaran AlBaqy. Satu kaedah baru yang menggunakan kaedah kata kunci yang sangat mudah diingati dan difahami.
Sistem dan kaedah pembelajaran yang tersusun dan sistematik bagi membantu anda membentuk kemahiran membaca Al-Quran.
Masa pengajian yang fleksibel dan tidak terikat dengan jadual. Anda boleh belajar pada bila-bila semasa anda lapang. Sebaiknya setiap hari.
Hanya 10-15 minit diperlukan bagi setiap topik yang akan diajar menerusi aplikasi Cepat Quran ini. Jadi, anda tak perlu fokus sehingga berjam-jam.
Tiada yuran bulanan atau tahunan. Hanya bayar sekali, anda dapat belajar menerusi applikasi Cepat Quran seumur hidup anda.
Dapat mengulang-ulang pelajaran bagi sesuatu topik sehingga anda benar-benar faham. Sistem ini anda sendiri tentukan mengikut kefahaman anda.
Anda akan dibimbing oleh pengajar yang bertauliah dan pengalaman. Ada soalan dan pertanyaan, anda boleh ajukan. Pengajar akan cuba menjawab seberapa segera yang boleh
Sistem dan Teknik Cepat Quran ini telah terbukti berkesan dengan jumlahnya sudah mencapai lebih dari 786 pelajar yang berjaya membaca Al Quran dengan baik.
Anda akan dapat akses lengkap semua pembelajaran Cara Belajar Baca Quran yang mudah berpandukan sistem Al Barqy
Buku ini akan dipos ke rumah anda. Buku tersebut ialah Buku Asas & Buku Tajwid. 2 buku ini diperlukan bagi membantu proses pembelajaran menerusi aplikasi Cepat Quran.
Dalam FB group ini, anda boleh bertanya dan bersoal jawab dengan Ustaz dan tenaga Pengajar. Hanya pembeli Aplikasi Cepat Quran yang layak.
Anda juga akan dapat sesi Konsultasi secara bersemuka, 1 jam setiap bulan mengikut slot temujanji yang dipilih di Fatehah Learning Centre sepanjang 2 tahun bermula tarikh menjadi ahli Cepat Quran.
Rakaman video bacaan Al-Quran 30 juz berserta bimbingan Tajwid (ditambah dari masa ke masa) di aplikasi Cepat Quran dan di dalam FB Group tertutup.
Sesi soal jawab bersama Ustaz 'live" selama 1 jam setiap bulan (sepanjang hayat) di Facebook tertutup Cepat Quran.
KLIK BUTANG JOIN SEKARANG DI BAWAH
ISI BORANG DENGAN LENGKAP & BUAT PEMBAYARAN
DI HALAMAN TERIMA KASIH, KLIK BUTANG JOIN FB GROUP & TUNGGU SEHINGGA ADMIN APPROVE
SETELAH APPROVE, BACA PENGUMUMAN DI PIN POST TENTANG CARA CARA MUAT TURUN & DAFTAR APLIKASI CEPAT QURAN
TUNGGU ADMIN DAFTARKAN AKAUN APLIKASI CEPAT QURAN ANDA.
SETELAH ITU, ANDA BOLEH MULAKAN PEMBELAJARAN CARA BELAJAR QURAN HANYA DARI TELEFON BIMBIT ANDA
Hanya dengan bayaran SEKALI SEUMUR HIDUP ini anda dapat belajar mengaji dari ASAS HINGGA MAHIR
insyaAllah nanti boleh baca selancar dan merdu seperti Ustaz Izwan juga
Tidak. Ini ialah panduan online melalui aplikasi telefon bimbit yang boleh dimuat turun dari Google Play Store Dan Apple App Store. Anda akan dijemput ke dalam satu FB Group yang mana di dalam group tersebut ada video dan perkongsian ebook.
Dalam applikasi ni anda akan belajar:
Tidak. Bayaran yang dikenakan sekali sahaja seumur hidup.