Cinta Al-Quran

KETAHUI RAHSIA BAGAIMANA SEBUAH APLIKASI, BOLEH MENGUBAH KUALITI BACAAN AL-QURAN ANDA KEPADA LEBIH BAIK. [Step-By-Step Guide]

KEUNIKAN APLIKASI CEPAT QURAN yang tiada pada aplikasi Al-Quran Bahasa Melayu yang lain ialah, ia membimbing pelajar bermula DARI ASAS untuk mengenal huruf-huruf Hijaiyyah dengan sebutan Makhraj yang betul, dan membantu pelajar menguasai hukum-hukum Tajwid secara SISTEMATIK.

Tidak seperti Aplikasi Al-Quran yang lain, dimana ianya terus kepada bacaan potongan ayat-ayat Al-Quran.

Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang mempunyai KEKANGAN MASA untuk menghadiri kelas secara bersemuka,  dan sangat sesuai dijadikan sebagai ALAT RUJUKAN ilmu Tajwid bagi Pencinta Al-Quran semua. 

Cara penyampaiannya MUDAH dan SESUAI UNTUK SEMUA peringkat umur.

KINI, DIMANA-MANA DAN BILA-BILA MASA ANDA DAPAT BELAJAR MENGAJI.  

Mungkin KEKANGAN MASA untuk hadiri kelas secara bersemuka, atau masih mempunyai perasaan MALU, dan tidak tahu bagaimana untuk bermula. 

Izinkan kami bersama-sama anda menguasai bacaan Al-Quran secara MUDAH dan CEPAT.

Mengikut pengalaman kami, ramai dikalangan pelajar yang pada awalnya KELIRU membaca huruf-huruf bersambung, telah dapat membaca dengan baik, disamping menjaga bacaan panjang dan pendek harakat. 

Ada juga antara mereka, yang pada awalnya, bacaan TERSANGKUT-SANGKUT, Alhamdulillah telah lancar membaca, setelah mengikuti kaedah pengajian bersama kami. 

Ini termasuklah perkongsian yang diberikan untuk bagaimana berhenti ketika membaca ayat-ayat Al-Quran yang panjang. 

Antara berberapa KEISTIMEWAAN Menjadi Ahli CEPAT QURAN;

1. Dapat mengulang-ulang akses kesemua 155 video pengajian Al-Quran bermula dari Asas mengenal dan sebutan huruf Hijaiyyah. Ini beerti anda akan dibimbing secara berperingkat sehingga menguasai ilmu Tajwid dengan baik.

2. Mempelajari Kaedah Al-Barqy, satu kaedah pengajian Al-Quran yang menggunakan KATA KUNCI dan bersifat anti-lupa, MUDAH DIINGAT dan DIIKUTI.

3. Mengikuti satu kaedah pengajian yang SISTEMATIK dan TERSUSUN, dari mula menyebut huruf sehingga mahir Tajwid, insyaAllah. 

4. BOLEH DIULANG-ULANG TANPA HAD sehingga mahir. 

5. Dapat belajar mengikut fleksibiliti dan KESELESAAN tempat dan masa ANDA sendiri. 

6. Guru pembimbing Al-Quran bersanad, bertauliah dan berpengalaman. 

7. TIADA YURAN BULANAN atau TAHUNAN, dengan hanya membayar sekali yuran keahlian (RM50), anda akan mendapat akses kesemua video pengajian SEPANJANG HAYAT.

8. Anda akan dibenarkan menyertai ‘Closed Group’ Facebook kami, dimana banyak lagi video-video pengajian secara ‘live’ atau rakaman di dalam kelas untuk jadikan bahan pengajian. 

9. Selepas menjadi ahli Cepat Quran, segala penambahbaikan yang ciri-tambahan akan dapat diakses secara percuma (untuk ahli sahaja).

APLIKASI INI SANGAT SESUAI BAGI;

Mereka yang menjalani jadual kerja yang tidak tentu masa dan sering bertukar-tukar.

2. Sesuai bagi mereka yang ingin belajar membaca Al-Quran dari Asas dan berperingkat.

3. Untuk dijadikan sebagai tempat rujukan untuk mengingati kembali hukum-hukum tajwid dan cara bacaan Al-Quran secara bertajwid dengan cara yang mudah diikuti. 

4. Dijadikan alat bantuan awal membaca Al-Quran bagi semua peringkat umur. 

Di setiap telefon kita, mungkin ada Aplikasi Facebook, instagram, WhatsApp, dan perbagai lagi Aplikasi yang lain untuk tujuan yang berbeza. 

Kini dengan adanya Aplikasi CEPAT QURAN, sekurang-kurangnya ianya dapat memenuhi keperluan Rohani kita, untuk mengingati Allah melalui pembacaan Al-Quran, yang juga merupakan MUKJIZAT dari ALLAH.

Kami ingin menjemput Muslimin dan Muslimat untuk menjadi AHLI CEPAT QURAN, untuk merasai sendiri perubahan pada kualiti bacaan Al-Quran anda, semoga dengan itu dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan ALLAH.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store bagi pengguna iphone,  KLIK LINK untuk download https://itunes.apple.com/my/app/cepat-quran/id1460001511?mt=8 

dan Google Play bagi pengguna Android yang lain, KLIK LINK untuk Download https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fatehah.cepatquran

MUAT TURUN SEKARANG, dan rasai sendiri peningkatan mutu bacaan Al-Quran anda. 

KINI, DIMANA-MANA DAN BILA-BILA MASA ANDA DAPAT BELAJAR MENGAJI.  

Hubungi kami untuk sebarang persoalan mengenai Aplikasi CEPAT QURAN, En. Farkhan http://www.wasap.my/+601116217797

Atau anda dijemput datang ke pejabat operasi kami 

FATEHAH LEARNING CENTRE,

27-2, Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5,Wangsa Maju

53300 Kuala Lumpur.

Sila Layari  https://cepatquran.com/ untuk meneruskan bacaan mengenai CEPAT QURAN.

JANGAN BERSEDIH SAHABAT

JANGAN BERSEDIH

SaudaraKu, jangan bersedih.

Jika Kamu dilanda kemiskinan, orang lain ada yang dirantai hutang.

Jika Kamu tak punya kasut, orang lain ada yang tak punya kaki. 

Jika sekarang kamu sakit, orang lain ada yang menderita kesakitan bertahun-tahun.

Jika Anak kamu meninggal, orang lain ada yang kehilangan lagi ramai.

Jika kamu telah melakukan dosa, bertaubatlah.

Jika kamu telah melakukan kesilapan, perbetulkanlah.

Pintu taubat sentiasa terbuka, selagi engkau belum memejamkan mata buat selamanya.

Lautan pengampunan sangatlah luas, jadi janganlah bersedih.

Biarkan yang berlalu terus berlalu. Apa yang di takdirkan Allah pasti akan kamu temui.

Dengan bersedih tidak Akan merubah apa-apa, jadi janganlah bersedih

Kesedihan merosakkan kehidupan mu, menghancurkan kegembiraan mu.

Lakukanlah perubahan, jadi Jangan bersedih

Doa itu perisai mu, Solat itu isyarat mu, Sujud itu cara mu.

Jadi janganlah bersedih

Lihatlah, betapa luasnya Bumi. Betapa indahnya taman-taman & hutan-hutan. Betapa bersinarnya bintang-bintang. Betapa gembiranya burung berterbangan. Betapa gembiranya ikan berenangan. Semuanya bergembira, sedangkan kamu bersedih.

Jadi janganlah bersedih.

Kamu punya air untuk di minum, udara yang segar untuk di hirup, kaki untuk berjalan, tempat untuk tidur.

Jadi kenapa perlu bersedih.

Selepas Malam yang panjang, pasti datang matahari yang menyinar. Kehidupan Akan memberi mu senyuman. Jadi bersedialah untuk itu.

Kehidupan sebenar ialah kehidupan yang dilalui dalam keredhaan dan kegembiraan. Jadi atasilah hari-hari sedih mu

Ketenangan pemikiran adalah harta sebenar, lihatlah orang dibawah mu dan jangan lihat orang diatas mu, kerana ia membuat redha Allah menjauhi mu.

Wahai saudara ku. Ramai lagi orang diluar sana yang lebih susah dari kamu, yang melalui lebih banyak kepayahan.

Pujilah Allah, syukurilah Allah diatas segala nikmat yang dinikmati. 

Jadi saudara ku, janganlah bersedih, kerana Allah bersama sentiasa mu.

Jika kamu ada masalah, jangan hanya mengadu kepada Allah tentang masalah kamu, tapi cakaplah kepada masalah yang kamu ada Allah. 

Jadi jangan bersedih sahabatku

 

Feel free to share

AL-QURAN PENAWAR KETENANGAN HATI

Al-Quran penawar ketenangan hati, walaupun begitu setiap dari kita mungkin ada cara tersendiri dalam mencari ketenangan hati. Apapun cara yang ANDA pilih, sama-sama kita doakan supaya Allah makbulkan hasrat ini.
.
Sebelum saya ceritakan sedikit pengalaman peribadi, suka saya kongsikan hasil kajian Dr. Al-Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Florida, Amerika Syarikat berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
.
Penurunan tekanan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, merungkai pelbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya.
.
Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil kajiannya, beliau telah membuat kesimpulan, bahawa bacaan Al-Quran berpengaruh besar sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
.
Benarlah firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28, “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”
.
Bersambung kepada pengalaman peribadi saya dalam mencari ketenangan hati, jadi pada tahun 1999 saya memutuskan melanjutkan pengajian ke bumi Pakistan. Walaupun pada awalnya menerima beberapa tanggapan sinis oleh sesetengah masyarakat yang memandang rendah kepada pengajian bidang ugama, saya teruskan juga niat tersebut, dan Alhamdulillah setelah 5 tahun disana, saya berjaya menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia pada tahun 2004
.
Alhamdulillah pada tahun 2005 saya diterima melanjutkan pengajian di UIA Gombak. Dan Alhamdulillah dipenghujung tahun 2008 saya diterima berkhidmat di Taylor’s University dan di lantik menjadi sebagai seorang pensyarah.
.
.
Semejak dari zaman sekolah lagi saya memang berminat dalam bidang pengajian dan pengajaran Al-Quran. Mungkin ini yang telah ditakdirkan Allah, dulu sewaktu saya kecil, Mak merupakan guru Al-Quran di kampung dan sehingga hari ini masih ada jiran-jiran dan cucu-cucu mereka yang datang ke rumah untuk belajar mengaji.
.
.
Sewaktu menjadi pensyarah lagi saya sudah mula mengajar Al-Quran ke rumah-rumah. Sewaktu itu sudah terdetik di hati alangkah bagus kalau saya ada pusat pengajian Al-Quran agar lebih ramai orang yang dapat saya bantu.
.
Benar Allah itu Maha Mendengar, hajat saya di makbulkan Tuhan. Allah menggerakkan hati seorang insan yang mulia untuk membantu dari segi kewangan untuk membuka Pusat Pengajian Al-Quran, bermula dari menyewa kedai dan membeli peralatan kelas. Maka tertubuhlah Fatehah Learning Centre, sebuah pusat pengajian Al-Quran secara bersemuka dan Online yang beroperasi dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah saya merupakan Guru Al-Quran Bersanad yang berguru dengan Syeikh Muhammad bin Abdun Nabiy bin Abdul Hasib Abu A’la yang mempunyai susunan sanad ke-13 sehingga IMAM IBNU JAZARI dan bilangan ke-29 sehingga BAGINDA NABI MUHAMMAD s.a.w.

Syeikh Muhammad merupakan pakar Qiraat A’syarah Riwayat Imam Hasf bin Sulaiman Al-Kufi dari Imam A’sim bin Abi Najud Al-Kufi dari Tariq As-Syatibiyyah.
.
Setelah hampir 8 tahun sebagai pensyarah, saya memutuskan untuk berhenti dan memberi fokus kepada pusat pengajian yang baru ditubuhkan. Dan disinilah saya temui ketenangan hati saya.
.
.
Sepanjang pengalaman mengajar, ramai yang mengadu tentang susah mendapatkan KETENANGAN HATI.
.
BILA UMUR SEMAKIN MENINGKAT tidak ada yang lebih diinginkan melainkan KETENANGAN HATI dan rasa ingin MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH, dan salah satu caranya ialah dengan membaca Al-Quran.
.
Ramai yang mengadu Seronok dengar bacaan Al-Quran yang dibaca dengan baik di corong-corong radio dan TV.
.
Antara PESAN yang selalu saya sampaikan kepada mereka ialah ……..“Jangan bimbang kerana tiada istilah ‘sudah terlewat’ untuk mencapai apa yang terhajat dihati”.

.
Banyak dikalangan pelajar pada awalnya menghadapi masalah seperti dibawah:
.
1. TIDAK PASTI sebutan Makraj Huruf BETUL atau SALAH.
.
2. KELIRU sewaktu membaca huruf-huruf bersambung.
.
3. TIDAK PASTI perbezaan kadar PANJANG dan PENDEK Hukum Mad.
.
4. TIDAK TAHU membezakan bunyi dan kadar dengung Izhar, Ikhfa’ dan Idgham.
.
5. RAGU-RAGU mengenai cara yang betul untuk Waqf (berhenti) bila membaca ayat Al-Quran yang panjang.
.
6. Bacaan Al-Quran TIDAK LANCAR.
.
.
Alhamdulillah, ramai dikalangan pelajar kami telah BERJAYA menemui KETENANGAN HATI setelah mengatasi masalah diatas.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah……”Bacalah Al-Quran, Surat Cinta dari Allah, tiada nyanyian lagu seindah alunan Al-Quran, dan jika ubat Ketenangan yang ANDA cari pasti Penawarnya adalah Al-Quran”.

Bagi memastikan pelajar terus di bimbing dalam latihan di rumah, Ustaz Mohd Izwan, Pengasas #CepatQuran yang juga Guru Al-Quran Bersanad sendiri akan membimbing Kelas Quran Online yang boleh di akses SEPANJANG HAYAT secara PERCUMA.
.
Dengan Kelas Quran Online yang kami berikan ini, ANDA akan dapat membuat latihan dan rujukan dimana-mana dan bila-bila masa.
.
Al-Quran penawar ketenangan hati.

Mengaji Al-Quran Cara Cepat, Mudah dan Jimat

HANYA BEBERAPA TEMPAT TINGGAL SAHAJA! Sertai kami, Fatehah Learning Centre, di Program Pengajian Al-Quran dan Tajwid. program separuh masa membantu anda memulakan pengajian Al-Quran dari asas hingga mahir dalam ilmu Tajwid. Lawati www.cepatquran.com/fatehah. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 2hb Mei ini! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 03-41319057/ 011-16217797.

ANDA TINGGAL BERJAUHAN DARI WANGSA MAJU? JADUAL KERJA ANDA TIDAK MENENTU? ANDA TIDAK SEMPAT HADIRI KELAS SECARA BERSEMUKA? Sertai Kelas Quran Online Fatehah, kini hanya dengan Smartphone anda boleh belajar, dimana-mana dan bila-bila masa. Lawati www.cepatquran.com untuk penerangan lanjut sekarang! atau hubungi kami di 03-41319057 / 011-16217797.

Mengaji Al-Quran kini lebih mudah dengan bantuan teknologi masa kini. Hanya melalui smartphone, sesiapa jahaja boleh belajar, dimana-mana dan bila-bila masa.

  • Kaedah baru ini menggunakan pendekatan kata kunci yang mudah difahami dan dihafal untuk dijadikan sebagai sumber rujukan khususnya disaat para pelajar terlupa sebutan huruf, sangat sesuai untuk semua pelajar khususnya yang nak mula dari asas sehingga mahir dalam ilmu Tajwid
  • Kaedah ini juga bercirikan anti-lupa. Selain itu ianya selari dengan pengajaran bahasa Arab yang mana setiap huruf yang diperkenalkan terus diberikan baris melalui struktur kata dan kalimat.
  • Sistem yang tersusun yang membentuk keupayaan untuk membaca Al-Quran. Bermula dengan mengenal huruf, bacaan berbaris, tanwin, hukum dan bacaan mad, nun dan mim sukun (mati), mim dan nun sabdu dan pelbagai lagi perbincangan dalam ilmu tajwid.
  • Teknik pengajaran ini telah terbukti berkesan dan membawa perubahan kepada ramai dalam mutu bacaan Al-Quran mereka.
  • Pembimbing pengajian yang bertauliah dan berpengalaman  dalam membimbing pelajar yang pelbagai peringkat dan latar belakang untuk belajar mengaji Al-Quran.
  • Masa pengajian yang fleksibel, anda TIDAK TERIKAT DENGAN JADUAL tertentu, ini memberi kebebasan untuk anda tentukan waktu belajar bersesuaian dengan rutin harian anda, hasilnya, pengurusan masa yang lebih tersusun.
  • Anda tentukan sendiri tempat untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran, boleh belajar dimana-mana sahaja mengikut kelapangan anda walaupun 5 minit, dengan penjimatan masa ini, diharap menghasilkan PROSES PENGAJIAN YANG LEBIH CEPAT. Selain itu dengan lebihan masa ini, anda boleh luangkan bersama keluarga atau aktiviti lain yang berfaedah.
  • Tiada yuran bulanan atau tahunan. Hanya dengan sekali bayar, dapat belajar sampai akhir hayat.
  • Dapat mengulang-ulang pelajaran sehingga benar-benar faham. Pelajar yang mengikuti kelas ini mempunyai akses yang TIADA HAD.  
  • Tak perlu lagi fikir soal transport, masa dan kos perjalanan dari rumah ke tempat pengajian, PENJIMATAN MASA  ini boleh anda salurkan ke urusan dan perkara yang lain.
  • Kini malu bukan lagi alasan, sesiapa yang ada keinginan, ada usaha, pasti berjaya insyaAllah.

KLIK DISINI untuk ketahui lanjut berkenaan Kelas Quran Online. Seronoknya Mengaji Al-Quran.

HANYA BEBERAPA TEMPAT TINGGAL SAHAJA! Sertai kami, Fatehah Learning Centre, di Program Pengajian Al-Quran dan Tajwid. program separuh masa membantu anda memulakan pengajian Al-Quran dari asas hingga mahir dalam ilmu Tajwid. Lawati www.cepatquran.com/fatehah. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 2hb Mei ini! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 03-41319057/ 011-16217797.

ANDA TINGGAL BERJAUHAN DARI WANGSA MAJU? JADUAL KERJA ANDA TIDAK MENENTU? ANDA TIDAK SEMPAT HADIRI KELAS SECARA BERSEMUKA? Sertai Kelas Quran Online Fatehah, kini hanya dengan Smartphone anda boleh belajar, dimana-mana dan bila-bila masa. Lawati www.cepatquran.com untuk penerangan lanjut sekarang! atau hubungi kami di 03-41319057 / 011-16217797.

Belajar Mengaji Al Quran: 7 Kekangan Orang Dewasa Dan Cara Menanganyinya

Belajar Mengaji Al-Quran sudah tentu mempunyai cabaran. Apakah kekangan yang biasa dihadapi oleh orang dewasa dalam belajar mengaji Al Quran sehingga membuatkan diri rasa berputus asa untuk terus belajar?

Hakikatnya, setiap perkara yang dilakukan dalam dunia ini pastinya terdapat kekangan atau halangan yang menanti di hadapan. Namun, kita perlu lebih bijak dalam menghadapi situasi kerana tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.

Disini disenaraikan masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh orang dewasa sewaktu ingin mula belajar mengaji Al Quran, serta cara menanganinya.

  • Malu tidak bertempat

Malu merupakan sifat yang dipuji oleh Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi sifat malu tersebut perlulah diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Untuk mempelajari ilmu agama khususnya dalam belajar mengaji Al Quran, individu hendaklah buang rasa malu supaya tidak berasa kekok atau segan untuk belajar bersama kawan-kawan yang lain.

Tidak dapat dinafikan ada individu yang datang ke kelas dengan perasaan malu yang tinggi kerana merasakan diri sudah terlalu tua, usia sudah lanjut, sedangkan pelajar lain masih lagi muda. Jika berlaku situasi sebegini, kita kena ingat bahawa semua yang datang ke kelas adalah orang yang baru nak belajar. Semuanya berada di tahap yang sama.

Jadi, faktor malu dengan usia ini bukanlah satu isu besar untuk meletakkan diri dalam perasaan malu yang berterusan. Bila kita mula itu tidak terlalu penting. Yang paling penting bagaimana dengan pengakhiran kita nanti.

  • Kurang faham dengan apa yang dipelajari

Kefahaman adalah suatu nikmat yang paling mahal dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Kerana tidak semua orang diberikan kefahaman yang tinggi dalam setiap bidang yang dipelajari, terutamanya dalam bidang agama. Sebab itulah kita diajarkan untuk sentiasa berdoa,

“اللَّهُمَّ فَقِّهْنّا فِي الدِّينِ وَعَلِّمنَا التَّأْوِيلَ”

“Ya Allah, berikanlah kami kefahaman dalam ilmu agama, dan ajarkan kami tentang ilmu ta’wil”

Doa merupakan tawakkal kita dengan Allah. Tapi sebelum bertawakkal, hendaklah berusaha terlebih dahulu. Pernah tak kita fikir apakah usaha kita untuk faham apa yang dipelajari?

Ramai yang takut atau segan untuk bertanya bila tidak faham apa yang dipelajari. Sepatutnya, pelajar perlu ada interaksi dengan guru di dalam kelas. Selain dapat meraih kefahaman, dapat juga mencipta hubungan baik antara pelajar dengan guru itu sendiri.

  • Tak sabar untuk cepat baca Al Quran

Untuk mendapatkan sesuatu yang berharga, perlukan pengorbanan. Tidak kiralah pengorbanan tersebut dalam bentuk harta atau masa. Samalah juga dalam situasi belajar mengaji Al Quran, ia memerlukan sedikit masa untuk betul-betul mahir dan mantap dalam bacaan.

Tidak ada manusia yang dilahirkan terus boleh berjalan dan berlari-lari, bahkan ia perlukan masa untuk melalui setiap tahap perkembangan tersebut. Kita perlu tanamkan sifat sabar di dalam diri.

Bukankan sabar itu separuh daripada iman? Indahnya sabar apabila kita telah mencapai natijah setelah menahan sabar.

  • Tak istiqamah datang kelas

Istiqamah adalah benda yang paling susah untuk diamalkan. Cakap memang senang, tapi nak buat memang susah.

Apabila terdetik di hati ingin berbuat kebaikan, hendaklah datangkan niat yang ikhlas kerana Allah. Dahulukan pandangan Allah terhadap diri kita berbanding pandangan manusia, kerana dibimbangi amalan baik kita tersebut disulami dengan perasaan riya’ dan ‘ujub.

Perlu diingat, syaitan akan sentiasa menghalang manusia untuk berbuat kebaikan. Jadi, keikhlasan yang tinggi itulah akan memadamkan segala halangan tersebut. Jika kita lemah, maka kita akan terus dihalangi rintangan angkara syaitan.

  • Kelas mengaji jauh & tidak sesuai dengan waktu kerja

Zaman sekarang adalah zaman teknologi, seolah-olah dunia di hujung jari. Segala kemudahan terpampang di telefon pintar, computer riba, atau seumpamanya.

Dengan kemudahan yang tersedia ada ini, kita boleh cari tempat mengaji yang paling hampir dengan tempat kediaman atau tempat kerja. Tambahan lagi, sejak akhir-akhir ini tempat belajar mengaji Al Quran semakin banyak, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Yang paling penting, buang sikap malas yang sering menghantui diri.

Tidak dapat dinafikan terdapat juga antara kita yang bekerja tidak mengikut waktu kerja. Jadi, masa untuk datang ke kelas agak terhad. Sekali lagi diingatkan bahawa kita berada di zaman teknologi. Sememangnya telah wujud sesi pembelajaran di atas talian, untuk memudahkan orang-orang yang bekerja di luar waktu kerja.

  • Hanya tahu nak khatam walaupun tak tahu hukum tajwid

Adakah kita masih berbangga dengan kekerapan khatamkan Al Quran, sedangkan bacaan tunggang-langgang, dan hukum tajwid langsung tidak tahu?

Kita semua perlu sedar bahawa hukum membaca Al Quran adalah Fardhu Kifayah. Sedangkan membaca Al Quran dengan bertajwid hukumnya Fardhu Ain. Kesimpulannya, nak baca Al Quran mestilah bertajwid.

Hal ini bukan bermakna kita tidak pentingkan kekerapan khatamkan Al-Quran. Akan tetapi perlulah diiringi dengan bacaan yang sempurna dan tahu segala hukum-hukum tajwid.

  • Rasa tidak penting untuk belajar Al Quran

Kebiaasaannya perasaan sebegini dicampakkan oleh syaitan kepada orang-orang yang memang tiada asas dalam bacaan Al Quran. Tapi tidak kurang juga kepada orang yang dah tahu asas bacaan.

Baiklah, apakah tujuan sebenar Al Quran diturunkan?

Sudah pasti ia sebagai pedoman bagi umat Islam sejagat. Kalau Al Quran pun tak baca, macam mana nak amalkan apa yang terkandung di dalam Al Quran?

Kalau sebut pasal pahala, memang terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan kepada pembaca Al Quran. Sehinggakan terdapat mafhum hadis yang menyebut tentang setiap huruf yang dibaca diberikan ganjaran 10 pahala.

Semoga perkongsian ini bermenfaat. Jadi saranan saya, jangan cari alasan untuk tidak belajar, tetapi carilah jalan untuk belajar mengaji Al-Quran.

Khusyuk dalam Solat: 6 Tips dari Imam Ghazali

TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT

Imam Al-Ghazali telah menggariskan 6 cara untuk kita dapat merasai khusyuk dalam solat. Antaranya:

1. HUDHUR AL-QALB (HADIRKAN HATI)

? Hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah.

2. TAFAHHUM (MEMAHAMI)
? Memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan surah Al-Fatihah, bacaan ketika rukuk, dan lain-lain.

3. AT-TA’DZIM (MENGAGUNGKAN ALLAH)
? Berasa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah yang Maha Agung.

4. AL-HAIBAH (MERASA GERUN TERHADAP ALLAH)
? Hadirkan rasa takut dan gerun kita kepada Allah.

5. AR-RAJAA’ (BERHARAP KEPADA ALLAH)
? Sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh Allah.

6. AL-HAYA’ (MALU)
? Hadirkan rasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita.

Semoga dengan mengamalkan tips diatas kita semua akan mendapat khusyuk dalam Solat.

Belajar Mengaji: Cabaran dan Tuntutan Hidup

Mungkin ramai yang nak sangat belajar mengaji Al-Quran, tetapi ada beberapa masalah dan kekangan urusan yang membuatkan hasrat itu tergendala. Disini saya senaraikan antara beberapa cabaran dan tuntutan hidup yang perlu kita uruskan dengan baik agar akhirnya dapat membaca Al-Quran dengan baik.

  • Anda selalu keliru dengan huruf Hijaiyyah, tambahan pula kalau huruf tu bersambung-sambung. Jangan bimbang, tiada istilah “sudah terlewat” untuk mengambil langkah permulaan. Fikir positif “kalau orang lain boleh, kenapa tidak kita”.

 

  • Bacaan Mad dalam Al-Quran selalu salah, ada yang pendek dibaca panjang, dan ada yang panjang dibaca pendek. Kesalahan seperti ini dikenali sebagai “Kesalahan Tersembunyi”, ini adalah masalah yang sangat mudah diatasi jika anda kenali tanda-tanda yang terdapat didalam Al-Quran. Disana ada tip-tip yang mudah diingat hanya dengan melihat “tanda”, tanpa perlu mengingati nama-nama hukum Mad yang banyak dan agak mengelirukan.

 

  • Seronok dengar dan tengok orang lain baca Al-Quran dengan lancar, tapi anda baca tersangkut-sangkut dan tidak lancar. Tapi sampai bila?

 

  • Cepat sangat lupa apa yang dipelajari, khususnya ilmu Tajwid. Bagusnya kalau ada Kelas Quran  yang dapat ulang-ulang dan jadikan sebagai tempat rujukan bila perlu.

 

  • Tak tahu macam mana nak baca ‘waqf’ cara nak berhenti, khususnya sewaktu membaca ayat panjang dan nafas habis. Jangan bimbang, semua orang hadapi masalah ini sewaktu membaca ayat yang panjang. Isunya bukan dimana nak berhenti, tapi bagaimana nak berhenti.

 

  • Boleh membaca Al-Quran, tapi Hukum Tajwid tak tahu, akhirnya baca Al-Quran dalam keadaan tidak yakin dan was-was. Ini sudah lari dari tujuan asal membaca Al-Quran. Niat nak dapatkan pahala, alih-alih dapat dosa kerana salah dalam bacaan dan tidak diperbetulkan.

 

  • Nak sangat hadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada ibu/ayah, tapi hanya mampu mengalirkan airmata. Memang menjadi cita-cita dan harapan kita semua untuk menjadi anak yang soleh, jadi menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran adalah salah satu “hadiah” yang istimewa dapat kita sumbangkan kepada ibu/ayah tercinta.

 

  • Siang hari sibuk bekerja, malam pulak badan dah letih, hujung minggu pula nak luangkan masa dengan keluarga.  Akhirnya tiada masa untuk menghadiri kelas Al-Quran di pusat-pusat pengajian Al-Quran.

 

  • Jadual kerja yang tidak menentu dan sentiasa bertukar, ini menyukarkan anda untuk memberi komitmen menghadiri kelas dan belajar mengaji Al-Quran yang jadual pengajian telah ditetapkan oleh pusat pengajian.  

 

  • Menghadapi kesukaran mencari pusat pengajian Al-Quran yang berdekatan.  

 

  • Mempunyai perasaan MALU yang tinggi berhadapan guru atau kawan-kawan untuk mula belajar balik dari Asas di pusat-pusat pengajian yang sedia ada. Akhirnya level bacaan Al-Quran masih di tahap yang sama.  

 

  • Mempunyai masalah kos dan pengangkutan dari rumah/tempat kerja ke pusat pengajian Al-Quran. Jadikanlah kemana sahaja anda pergi, disitulah “pusat pengajian” anda.
 Kedatangan kita di dunia ini hanya sekali, rebutlah dan ambillah peluang yang hanya sekali ini untuk mahir dalam membaca Al-Quran, agar pulang bertemu Allah di akhirat nanti dengan jawapan bahawa di dunia dahulu kita telah berusaha untuk belajar mengaji Al-Quran.

Mengaji Al-Quran: 15 Kelebihan kepada pembacanya

Terdapat 15 kebaikan-kebaikan mengaji Al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca Al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca Al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang mengaji Al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang Al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca Al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan Al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat Al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al-Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada Al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca Al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sepang mengaji Al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.

(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan mengaji al-Quran.”

Nota Ringkasan Asas Tajwid

NOTA RINGKASAN ASAS TAJWID-21

Klik link diatas untuk dapat Nota Ringkasan Asas Tajwid secara Percuma

Jika anda rasakan perkongsian ini bermenfaat, sila tekan button “share” dibawah , dan semoga ianya menjadi saham akhirat kita.

Selamat belajar

 

Scroll To Top