Cinta Al-Quran

KELAS MENGAJI AL-QURAN : #EKSKLUSIF 1 to 1 “LIVE”.

Fatehah Learning Centre sekali lagi ingin mengajak semua warga masyarakat agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan, dengan harapan agar usaha kita ini dapat menghentikan rantaian Wabak COVID-19 yang sedang menular sekarang.
.
Sebagai umat Islam, kita Wajib percaya bahawa Allah boleh sahaja menghilangkan virus ini sekelip mata, tapi wajib juga kita beriman bahawa Allah tidak akan merubah nasib kita, melainkan atas usaha dan ikhtiar kita sendiri. Sepertimana Firmah Allah dalam Al-Quran;

‎إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”

Surah Ar-Ra’d: 11
.
Walaupun begitu, jangan pula kita jadikan Pandemik COVID-19 sebagai penghalang dan menghentikan usaha untuk kita Belajar Mengaji Al-Quran dari rumah masing-masing.
.
Bulan Ramadhan pun sudah hampir menjelang, marilah sama-sama kita ambil kesempatan sepanjang tempoh Perintah Berkurung ini untuk meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran.
.
Keunikan Kelas Al-Quran: Eksklusif 1 to 1 “Live” ialah, anda dapat belajar secara berdepan “Siaran Langsung” dengan Guru 1 to 1, mengikut keselesaan tempat dan masa anda, tanpa perlu hadir ke Pusat Pengajian.

Kami kongsikan 7 Keistimewaan Kelas Eksklusif ini;
.
1. Kami akan kirimkan sebuah Buku Asas dan Buku Tajwid kepada anda.
2. Belajar mengaji dari Asas, Tajwid dan Tahsin Al-Quran.
3. Sesi waktu belajar ditentukan mengikut persetujuan Pelajar dan Guru Al-Quran.
4. Boleh belajar mengikut keselesaan tempat dan masa anda. Jadi anda tak perlu datang ke Pusat Pengajian.
5. Yuran pengajian hanya dikenakan mengikut per-jam sesi pengajian.
6. Tiada yuran Pendaftaran, anda hanya bayar harga 2 buah buku serta kos penghantaran sebagai Pendaftaran (RM50)
7. Sesi pengajian dijalankan Secara Langsung (live) antara Guru dan Pelajar.

Anda hanya perlu Download Aplikasi Zoom di telefon dan talian internet untuk sertai Kelas Al-Quran Eksklusif ini.
.
Kini walau di mana anda berapa, asalkan ada keinginan dan tindakan, jarak dan masa bukan lagi penghalang.
.
Jadi apa tunggu lagi, hubungi no. WhatsApp kami seperti yang tertera di bawah Sekarang untuk ketahui lanjut mengenai Kelas Al-Quran Eksklusif 1 to 1 ini.

http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)
http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)
http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)

“Seronoknya Cinta Al-Quran”
.
Seluruh warga FLC mendoakan anda dan keluarga sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + one =

Scroll To Top