Cinta Al-Quran

KELAS MENGAJI AL-QURAN : #EKSKLUSIF 1 to 1 “LIVE”.

Fatehah Learning Centre sekali lagi ingin mengajak semua warga masyarakat agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan, dengan harapan agar usaha kita ini dapat menghentikan rantaian Wabak COVID-19 yang sedang menular sekarang.
.
Sebagai umat Islam, kita Wajib percaya bahawa Allah boleh sahaja menghilangkan virus ini sekelip mata, tapi wajib juga kita beriman bahawa Allah tidak akan merubah nasib kita, melainkan atas usaha dan ikhtiar kita sendiri. Sepertimana Firmah Allah dalam Al-Quran;

‎إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”

Surah Ar-Ra’d: 11
.
Walaupun begitu, jangan pula kita jadikan Pandemik COVID-19 sebagai penghalang dan menghentikan usaha untuk kita Belajar Mengaji Al-Quran dari rumah masing-masing.
.
Bulan Ramadhan pun sudah hampir menjelang, marilah sama-sama kita ambil kesempatan sepanjang tempoh Perintah Berkurung ini untuk meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran.
.
Keunikan Kelas Al-Quran: Eksklusif 1 to 1 “Live” ialah, anda dapat belajar secara berdepan “Siaran Langsung” dengan Guru 1 to 1, mengikut keselesaan tempat dan masa anda, tanpa perlu hadir ke Pusat Pengajian.

Kami kongsikan 7 Keistimewaan Kelas Eksklusif ini;
.
1. Kami akan kirimkan sebuah Buku Asas dan Buku Tajwid kepada anda.
2. Belajar mengaji dari Asas, Tajwid dan Tahsin Al-Quran.
3. Sesi waktu belajar ditentukan mengikut persetujuan Pelajar dan Guru Al-Quran.
4. Boleh belajar mengikut keselesaan tempat dan masa anda. Jadi anda tak perlu datang ke Pusat Pengajian.
5. Yuran pengajian hanya dikenakan mengikut per-jam sesi pengajian.
6. Tiada yuran Pendaftaran, anda hanya bayar harga 2 buah buku serta kos penghantaran sebagai Pendaftaran (RM50)
7. Sesi pengajian dijalankan Secara Langsung (live) antara Guru dan Pelajar.

Anda hanya perlu Download Aplikasi Zoom di telefon dan talian internet untuk sertai Kelas Al-Quran Eksklusif ini.
.
Kini walau di mana anda berapa, asalkan ada keinginan dan tindakan, jarak dan masa bukan lagi penghalang.
.
Jadi apa tunggu lagi, hubungi no. WhatsApp kami seperti yang tertera di bawah Sekarang untuk ketahui lanjut mengenai Kelas Al-Quran Eksklusif 1 to 1 ini.

http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)
http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)
http://www.wasap.my/+601116217797 (En. Farhan)

“Seronoknya Cinta Al-Quran”
.
Seluruh warga FLC mendoakan anda dan keluarga sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan Allah…?

KELAS BELAJAR MENGAJI AL-QURAN BRUNEI

Semoga cahaya Al-Quran terus menyinari Muslim dan Muslimat di Brunei semua.

KEUNIKAN APLIKASI CEPAT QURAN yang tiada pada aplikasi Al-Quran Bahasa Melayu yang lain ialah, ia membimbing pelajar untuk mengenal dari awal huruf-huruf Hijaiyyah dengan sebutan Makhraj yang betul, dan membantu pelajar menguasai hukum-hukum Tajwid secara sistematik.

Tidak seperti Aplikasi Al-Quran yang lain, dimana ianya terus kepada bacaan potongan ayat-ayat Al-Quran.

Aplikasi ini sesuai bagi mereka yang nak belajar dari ASAS dan mempunyai kekangan masa untuk menghadiri kelas secara bersemuka, dan ianya sangat sesuai dijadikan sebagai alat rujukan ilmu Tajwid Khusus buat Pencinta Al-Quran semua. Cara penyampaiannya juga sesuai untuk semua peringkat umur.

ANDA HADAPI MASALAH DI BAWAH?

  • Anda selalu keliru membaca huruf Hijaiyyah yang bersambung-sambung?
  • Bacaan Mad dalam Al-Quran selalu salah, ada yang pendek dibaca panjang, dan ada yang panjang dibaca pendek.  
  • Seronok dengar dan tengok orang lain baca Al-Quran dengan lancar, tapi anda baca tersangkut-sangkut dan tidak lancar.
  • Membaca Al-Quran dalam keadaan tidak yakin dan was-was. Ini berlaku kerana tidak tahu Hukum Tajwid.
  • Cepat sangat lupa apa yang dipelajari, khususnya ilmu Tajwid. Bagusnya Kelas Quran Online ini, anda dapat ulang-ulang dan jadikan sebagai tempat rujukan bila perlu.
  • Tak tahu macam mana nak baca ‘waqf’ (cara nak berhenti), khususnya sewaktu membaca ayat panjang dan nafas habis. Jangan bimbang, semua orang hadapi masalah ini sewaktu membaca ayat yang panjang. Isunya bukan dimana nak berhenti, tapi bagaimana nak berhenti.
  • Nak sangat hadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada ibu/ayah tercinta, tapi hanya mampu mengalirkan airmata. 
  • Siang hari sibuk bekerja, malam pulak badan dah letih, hujung minggu pula nak luangkan masa dengan keluarga.  Akhirnya tiada masa untuk menghadiri kelas Al-Quran di pusat-pusat pengajian Al-Quran secara bersemuka.
  • Jadual kerja yang tidak menentu dan sentiasa bertukar, ini menyukarkan anda untuk memberi komitmen menghadiri kelas Al-Quran yang jadual pengajian telah ditetapkan oleh pusat pengajian. Dengan CEPAT QURAN, masa lapang 5-10 minit pun anda boleh belajar. Bila-bila masa sahaja.
  • Menghadapi kesukaran mencari pusat pengajian Al-Quran yang berdekatan. Sebenarnya telefon ditangan anda boleh menjadi “pusat pengajian”, JIKA ANDA INGINKAN.
  • Mempunyai perasaan MALU yang tinggi berhadapan guru atau kawan-kawan untuk mula belajar balik dari Asas di pusat-pusat pengajian yang sedia ada. Akhirnya level bacaan Al-Quran masih di tahap yang sama. Kini anda hanya perlu berhadapan dengan diri sendiri.
  • Mempunyai masalah kos dan pengangkutan dari rumah/tempat kerja ke pusat pengajian Al-Quran. Jadikanlah kemana sahaja anda pergi, disitulah “pusat pengajian” anda.

KEISTIMEWAAN APLIKASI CEPAT QURAN

  • Kaedah baru ini menggunakan kata kunci yang mudah diingat dan difahami untuk dijadikan sebagai sumber rujukan khususnya disaat para pelajar terlupa sebutan huruf, Ianya sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat, khusus bagi yang nak mula dari asas sehingga mahir dalam ilmu Tajwid
  • Kaedah ini juga bercirikan anti-lupa. Selain itu ianya selari dengan pengajaran bahasa Arab yang mana setiap huruf terus diberikan baris melalui struktur kata dan kalimat.
  • Sistem yang tersusun bagi membentuk keupayaan untuk membaca Al-Quran. Bermula dengan mengenal huruf, bacaan berbaris, tanwin, hukum dan bacaan mad, nun dan mim sukun (mati), mim dan nun sabdu dan pelbagai lagi perbincangan dalam ilmu tajwid.
  • Teknik pengajaran ini telah terbukti berkesan dan membawa perubahan kepada ramai dalam mutu bacaan Al-Quran mereka.
  • Pembimbing pengajian yang bertauliah dan berpengalaman  dalam membimbing pelajar yang pelbagai peringkat dan latar belakang.
  • Masa pengajian yang fleksibel, anda TIDAK TERIKAT DENGAN JADUAL tertentu, ini memberi kebebasan untuk anda tentukan waktu belajar bersesuaian dengan rutin harian anda, hasilnya, pengurusan masa yang lebih tersusun.
  • Anda tentukan sendiri tempat untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran, boleh belajar dimana-mana sahaja mengikut kelapangan anda walaupun 5 minit, dengan penjimatan masa ini, diharap menghasilkan PROSES PENGAJIAN YANG LEBIH CEPAT. Selain itu dengan lebihan masa ini, anda boleh luangkan bersama keluarga atau aktiviti lain yang berfaedah.
  • Tiada yuran bulanan atau tahunan. Hanya dengan sekali bayar, dapat belajar sampai akhir hayat.
  • Dapat mengulang-ulang pelajaran sehingga benar-benar faham. Pelajar yang mengikuti kelas ini mempunyai akses yang TIADA HAD.  
  • Tak perlu lagi fikir soal transport, masa dan kos perjalanan dari rumah ke tempat pengajian, PENJIMATAN MASA  ini boleh anda salurkan ke urusan dan perkara yang lain.
  • Kini malu bukan lagi alasan, sesiapa yang ada keinginan, ada usaha, pasti berjayainsyaAllah.

LAYARI www.cepatquran.com untuk membaca lanjut mengenai Aplikasi CEPAT QURAN

Download SEKARANG di Google Play dan App Store

“Seronoknya Cinta Al-Quran”

SELAMAT BELAJAR MENGAJI AL-QURAN KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA BRUNEI

feel free to share, semoga usaha dakwah kecil kita ini di terima Allah sebagai satu amalan hasanah

KELAS BELAJAR MENGAJI AL-QURAN SINGAPORE

Semoga cahaya Al-Quran terus menyinari Muslim dan Muslimat di Singapore semua.

SELAMAT BELAJAR MENGAJI AL-QURAN KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SINGAPORE (SINGAPURA)

feel free to share, semoga usaha dakwah kecil kita ini di terima Allah sebagai satu amalan hasanah

6 CARA MUDAH KHUSYUK DALAM SOLAT: IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali telah menggariskan 6 cara untuk kita dapat merasai khusyuk dalam solat. Antaranya:

1. HUDHUR AL-QALB (HADIRKAN HATI)
? Hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah.

2. TAFAHHUM (MEMAHAMI)
? Memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan surah Al-Fatihah, bacaan ketika rukuk, dan lain-lain.

3. AT-TA’DZIM (MENGAGUNGKAN ALLAH)
? Berasa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah yang Maha Agung.

4. AL-HAIBAH (MERASA GERUN TERHADAP ALLAH)
? Hadirkan rasa takut dan gerun kita kepada Allah.

5. AR-RAJAA’ (BERHARAP KEPADA ALLAH)
? Sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh Allah.

6. AL-HAYA’ (MALU)
? Hadirkan rasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita.

SELAMAT BERAMAL. Jangan lupa kongsikan Pesanan Imam Ghazali ini, semoga kita juga menjadi asbab orang lain mendapatkan Khusuk dalam Solat.

Dapatkan Aplikasi belajar mengaji Al-Quran dari Asas Sekarang. Muat turun CEPAT QURAN di Google Play dan App Store secara Percuma.

SUASANA KIAMAT: SATU INSPIRASI DARI AL-QURAN SURAH AL-QIYAMAH

Dalam Al-Quran pada surah Al-Qiyamah, Allah menggambarkan kepada kita sedikit gambaran tentang saat berlakunya suatu yang PASTI, samada Kiamat Kecil (mati) mahupun Kiamat Besar.

Kiamat itu sesuatu yang pasti, Allah swt telah bersumpah demi Hari Kiamat, bahawa semua manusia akan dibangkitkan semula. Kita semua akan dihidupkan kembali setelah mati.

Ramai manusia menyangka bahawa Allah tidak mampu untuk mengumpulkan kembali tulang-tulang yang telah reput menjadi tanah semenjak zaman Nabi Adam sehingga Hari Akhirat. Sedangkan bagi Allah, perkara itu sangatlah kecil.

Sangkaan yang demikian, pasti meleset. Bukan sahaja tulang-tulang, hatta Allah mampu untuk menyamakan kembali cap ibu jari setiap seorang dari kita. Malangnya semua ini tidak memberi apa-apa erti bagi mereka yang tidak beriman.

Malahan ada diantara mereka yang mengejek-ejek dengan ejekan “bila kiamat, bila kiamat?”

Maka jawapan bagi soalan yang demikian, Hari Kiamat pasti datang, pada waktu itu, kegerunan pasti terpancar dari mata kamu, pada hari itu Bulan tidak akan lagi memantulkan cahaya, pada saat itu, Matahari dan Bulan akan menghentam sesama sendiri, bahkan seluruh planet akan berantakan.

Di ketika itu, mereka yang kufur berlari mencari tempat pelindungan, sia-sia saja.  Kemana lagi nak melarikan diri? Kini telah sampai hari dimana tiada lagi perlindungan.

Segala yang berlaku pada hari itu, pasti akan berlaku seperti mana yang Allah kehendaki.

Pada Hari itu, segala amalan kita di Dunia, akan dibentangkan kembali, yang baik dan yang buruk. Lidah yang boleh berkata-kata akan dikunci rapat, yang akan menjadi saksi kita waktu itu adalah anggota tubuh badan kita sediri. Amalan kitalah akan menjadi peguam bela kepada diri kita.

Oleh itu, dengarkan baik-baik apa yang Allah turunkan di dalam Al-Quran. Dialah Tuhan yang menjadikan Al-Quran, Dialah yang memudahkannya untuk dihafal dan dibaca. Bacalah Al-Quran secara bertajwid, sepertimana ia diturunkan oleh Jibril, dan dibacakan kepada Nabi Muhammad, dan terserah kepada Allah, segala huraian dan penjelasannya.

Walaupun begitu, masih ramai manusia yang masih alpa, sentiasa sibuk mencari kesenangan Dunia yang tidak lain melainkan hanya tipu daya. Masih ramai yang lalai, mereka lupa untuk mengumpulkan bekalan pahala untuk menuju ke suatu hari yang tiada penghujungnya, yakni Hari Akhirat.

Disana nanti, wajah orang beriman akan berseri-seri dipenuhi cahaya. Mereka sangat gembira dapat bertemu Allah, Tuhan yang menciptakan mereka.

Sedangkan pada hari itu, orang kafir akan berada dalam kesedihan, wajah mereka akan muram lagi hodoh, ini kerana mereka sudah mengetahui dengan pasti apa yang mereka bakal tempuhi. Mahu tidak mahu, mereka akan menjalani seksaan azab yang pasti pedih lagi membinasakan.

Oleh itu sedarlah, sedarlah wahai manusia. Jangan melebihkan Dunia mengatasi Akhirat. Ambillah pengajaran dari orang yang sedang berada dalam sakratul maut, bila ruh mereka sudah ditarik sampai ke kerongkong. Di saat itu, ramai yang datang berziarah akan berusaha membaca jampi dan doa, agar hari itu bukan hari terakhirnya.

Hanya mereka yang menghadapi saat kematian itu tahu, bahawa inilah waktunya, inilah saatnya, nyawa dan badan akan terpisah. Perpisahan yang selama ini hanya didengar, kini akan berlaku dalam beberapa detik sahaja lagi. Sakitnya bukan kepalang, rasa pedihnya tidak terperi. Dahsyatnya kematian itu, hanya Allah yang Maha mengetahui.

Pada Hari Kiamat kelak, hanya Allah sebagai Penghitung, hanya Allah sebagai Pengadil, hanya Allah sebagai Hakim.

Malangnya masih ramai yang mengingkari hari Pembalasan ini, masih ramai yang mendustakannya, masih ramai yang tidak menjaga solatnya. Malah masih ramai yang menolak dan tidak mahu mendengar nasihat-nasihat ugama.

Betapa sedihnya, masih ramai yang berlagak sombong, berjalan diatas bumi dengan angkuh. Mereka lupa bumi ini milik Allah.

Cuma satu peringatan untuk mereka yang kufur, kini semakin hampir hari kematian mu, sudah dekat saat kebinasaanmu, sudah dekat. Oleh itu, tiada yang lebik layak untukmu, selain api Neraka yang Allah sediakan sebagai balasan dan hukuman.

Jangan sesekali manusia menyangka mereka akan terlepas begitu sahaja, tanpa perlu bertanggungjawab diatas setiap apa yang dilakukan di Dunia. Jangan ingat boleh cuci tangan begitu saja.

Sedarlah diri sikit, jangan sesekali kita lupa yang kita ni dicipta hanya dari setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian Allah jadikan kita bermula dari “tiada’ kepada “ada”.

Ada yang dilahirkan sebagai lelaki, ada yang yang dijadikan sebagai wanita. Bukankah semua ini bukti bahawa Allah mampu menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup. Tanpa syak lagi, Dialah Allah yang maha Berkuasa.

………..

“Seronoknya Cinta Al-Quran”

Semoga inspirasi dari Surah Al-Qiyamah ini sedikit sebanyak menjadi peringatan untuk sesama kita.

Qadam Al-Quran

Mohd Izwan Ahmad

kalau anda nak belajar Al-Quran dari Asas, pergi ke Google Play atau App Store dan Download Aplikasi CEPAT QURAN Sekarang secara Percuma.

Jika anda rasa Inspirasi Surah Al-Qiayamah ini bermanfaat, please feel free to share

“Akhirnya, aku terpaksa memohon penceraian, kerana dia tetap tidak mahu…….”

BACAAN AL-QURAN YANG MENGUBAH HIDUPKU

Kisah ini bermula bila mana pada suatu hari, bacaan Al-Quran bukan lagi satu suara yang janggal bagi ku. Tiba-tiba hatiku terpanggil ke arah alunannya, perasaan ingin mendengar aku bertambah, lagi dan lagi. Akhirnya aku membuat keputusan membeli CD supaya dapat didengar bila-bila masa saja.

Pada waktu itu aku belum lagi memeluk Islam.

MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN

Waktu itu dalam bulan Ramadhan, setiap malam aku dapat mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca dalam solat terawih. Semenjak 10 tahun yang lalu, aku telah tinggal berhampiran dengan sebuah masjid. Tetapi bunyi yang datang dari arah masjid tidak pernah aku hiraukan. aku bekerja di sebuah Univeristy Katolik Kristian, suami ku juga bukan seorang Muslim, dan kami tinggal di Negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Walaupun bulan Ramadhan telah berlalu, aku masih berterusan mendengar Al-Quran. Entah kenapa, alunannya memberi aku ketenangan jiwa. Setiap kali ada masa lapang, aku pasti mendengarnya. Aku langsung tidak memahami apa yang dibacakan, tetapi sebutan-sebutan hurufnya menenangkan hatiku.  Aku merasa aman. Selepas seharian penat bekerja, inilah aktiviti yang pasti aku lakukan.

SENDIRIAN BERSAMA ALLAH

Saat itu waktu malam yang sunyi, perasaanku bertambah kuat untuk mendengar keindahan alunan Al-Quran, dan ianya tidak dapat dibendung lagi. Terasa seperti aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang membaca dan mendengar Al-Quran. Aku ingin merasai “perhubungan” dengan Dia, Pemilik “susunan kata-kata” yang telah sekian lama aku dengar. Aku ingin merasa tenang dalam hidupku, aku ingin Al-Quran mengisi hidup-hidupku.

Di dalam kesunyian malam itu, Allah telah membuka seluasnya hatiku kepadaNya.

SATU RAHSIA

Sepanjang dua tahun, aku masih merahsiakan “perhubunganku” dengan Allah, tidak ada seorang pun tahu. Aku risau kalau-kalau, “perhubungan” dengan Allah ini akan dihalang oleh kata-kata atau pandangan orang lain.

Aku ingin “hubungan” suci ini bertambah kuat dan bertambah erat, supaya nanti, tiada kata-kata atau komen yang buruk, dan tiada pandangan sinis dapat menjadi penghalang di antara aku dan Tuhanku.  Aku merahsiakan solatku, secara diam-diam aku belajar membaca Al-Quran dari internet. Melalui pembacaan, aku belajar tentang Tuhan dan Agama baruku.

“PERHUBUNGAN” YANG KUAT DENGAN ALLAH

Kini setelah dua tahun telah berlalu, aku merasakan “hubunganku” dengan Allah tidak dapat diganggu gugat lagi. Dengan bantuan hidayah Allah, aku terasa semakin kuat. Aku mula mencari seorang guru agama di sebuah sekolah.

Setiap Sabtu dan Ahad aku akan pergi bertemunya dan belajar beberapa buku-buku agama. Aku mula belajar dari asas, dari bagaimana untuk bersuci, cara yang betul untuk solat dan pengajian akhlak sesama manusia.

BELAJAR TENTANG ALLAH DAN ISLAM.

Semenjak suamiku membuat keputusan untuk tidak menerima Islam, aku mendaftar ke sebuah sekolah agama. Walaupun begitu aku masih terus berusaha untuk membuatkan dia percaya kepada Islam, sehingga kami pernah pergi ke sesi kaunseling, tetapi akhirnya, aku terpaksa memohon penceraian, kerana dia tetap tidak mahu menerima Islam.

Sepanjang tinggal dan belajar di sekolah agama tersebut, aku banyak berkenalan dengan pelajar-pelajar Muslim yang lain, kebanyakkannya lebih muda dariku, tetapi kecintaan kepada Allah telah menghubungkan dan menyatukan kami. Kesemua kami ingin lebih mengenaliNya, dan bagaimana untuk lebih dekat denganNya. Aku pelajari bacaan Al-Quran dan Tajwid, aku juga menghafal sebahagian kecil Al-Quran. Setiap perkara baru yang aku pelajari, serasa membawa aku lebih dekat kepada Tuhanku.

PERMULAAN BERHIJAB

Bermula dari pengajian tersebut, dari situlah aku mula memakai tudung setiap hari, Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Kini, hatta di tempat kerja, rakan sepejabat menerima kuputusan, penampilan dan cara kehidupan baruku. Alhamdulillah, Allah telah mebuka hati mereka dan membuatkan mereka menerimaku dengan cara hidup baru ku ini.

Hari ini, tiada yang lebih menggembirakan aku, selain pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan mendengar bacaan Al-Quran ketika berdiri dalam solat. Waktu-waktu sebeginilah aku merasai “Hadiah Terindah”  yang Allah pernah berikan kepada ku dan kepada manusia keseluruhannya, iaitu Al-Quran. Aku rasa inilah “Hadiah Terbesar” dari Allah untuk kita.

Mengakhiri ceritanya.

…………….

Jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, jangan bertangguh lagi, muat turun secara percuma sekarang Aplikasi CEPAT QURAN di App Store dan Google Play.

Artikel ini adalah terjemahan dari tulisan Claudia Azizah yang bertajuk “The Recitation of Quran Changed My Life” mengenai Katrin, seorang wanita berbangsa German yang tinggal dan bekerja di Indonesia.

Diterjemah oleh Qadam Al-Quran – 

Mohd Izwan Ahmad.

Feel free to share artikel ini, semoga ianya memberi inspirasi kepada ramai lagi, dan menjadi usaha dakwah kita semua.

HANYA DENGAN SEKALI MEMBACA AL-QURAN, SEORANG PEGUAM WANITA GERMAN MEMELUK ISLAM.

Kisah ini berlaku dalam hidup seorang wanita di Frankfurt German, bernama Isabelle Wachter yang memeluk agama Islam pada tahun 2006. Menceritakan kisahnya yang pertama kali mengucapkan syahadah pada usia 24 tahun, yang sebelum itu merupakan seorang penganut agama Kristian Katolik. 

Pada mulanya, beliau menerima tentangan hebat dari kedua ibu bapanya sendiri, mereka sangat sedih dan merasakan kemasukkannya kedalam Islam sebagai satu keputusan yang salah. Ibunya menangis kerana sedih dan bapanya sangat kecewa dengan keputusannya memeluk Islam. Ini ditambah lagi dengan latar belakang mereka yang merupakan penganut tegar agama Kristian.

Pada mulanya, dia memutuskan untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang keputusan besar yang telah diambil, dan ingin mempelajari dan membiasakan diri dengan perubahan ini dahulu.

Pencarian mengenai agama berlaku Beberapa bulan sebelum mengucapkan syahadah, hanya dengan sekali membaca terjemahan Al-Quran, Isabelle terus jatuh cinta dan memutuskan untuk memeluk Islam.

Dia merasakan sangat tersentuh dengan lenggok bahasa yang digunakan dalam Al-Quran, dan setelah membacanya, dia hampir pasti bahawa tidak mungkin Al-Quran ditulis oleh manusia. tambahnya lagi, setiap ilmu dan perkongsian yang terdapat didalam Al-Quran, mustahil datang dari mana-mana manusia.

Disini timbullah perasaan kagum kepada “Penulis Kitab (Al-Quran), dia merasakan Al-Quran berbicara kepada setiap individu, dan secara peribadi merasakan setiap kali membaca Al-Quran, seakan-akan Allah sedang secara langsung berbicara dengannya.

Dia merasakan Al-Quran sangat mudah dibaca, difahami, dan dia sangat tersentuh dengan segala isi kandungan di dalamnya. Baginya walaupun perasaan ini merupakan satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata, tetapi sangat memberi kesan kepada jiwa. Disaat itu, dia hanya mampu menangis dan terus menangis tanpa henti.

Melanjutkan ceritanya setelah membaca Al-Quran, Dia merasakan ada satu perasaan yang belum pernah dialami sebelum ini. Tidak pernah terlintas sebelum ini di fikirannya ada sebuah Kitab seperti ini. Pada awalnya, dia menyangka yang Al-Quran tidak ada bezanya dari kitab Bible. Baginya Al-Quran merupakan sebuah Kitab yang sangat memberi inspirasi dan mengandungi kebenaran. Kesemua ini menambahkan lagi keyakinan bahawa mustahil Al-Quran datang dari akal manusia.

Setelah menjadi seorang Muslim, jemaah wanita dari sebuah masjid yang berdekatan dari rumahnya sangat memberi dukongan dan bantuan. Sekarang Isabelle telah berkahwin dengan seorang lelaki Algeria dan mempunyai 3 anak.

Setelah tidak lama selepas memeluk Islam, Issabell terus memakai hijab. Mengimbau kenangan sewaktu pertama kami memakainya, ramai kawan-kawanya terkejut dan bertanya apakah yang telah berlaku pada dirinya. Yang bagusnya, Isabell langsung tidak mempedulian apa jua tanggapan orang lain kepadanya, dan gembira menjalani kehidupan seharianya.

Menceritakan pengalamannya setelah memeluk Islam dan bertudung, usaha mendapatkan pekerjaan melalui kesukaran. Banyak permohonan dibuat ke pelbagai tempat, ini termasuk ke jawatan yang lebih rendah dari kelayakan akademiknya. Pada waktu itu, apa juga jenis pekerjaan sanggup diterimanya, asalkan pekerjaan dimana dia dapat menutup aurat. Malangnya, semua permohonan ditolak.

Pada mulanya, dia takut untuk bekerja sendiri, dan hanya mengharapkan pekerjaan dari majikan, mungkin waktu itu, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.

Sekarang dengan pekerjaan sebagai seorang peguam di firma sendiri, katanya dia kini bebas melakukan solat dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Melanjutkan ceritanya, Isabell mengingatkan bahawa sebagai seorang Muslim, kita mestilah menjadi contoh tauladan melalui perilaku akhlak yang baik.

pada saat ini, hubungan dengan ibunya juga sudah baik, ibunya sering melawat mereka sekeluarga saban minggu.

Kini baginya, Islam itu adalah jalan hidup, setiap ayat Al-Quran tambahnya adalah penting dan indah, tetapi secara peribadi merasakan dekat dengan dua ayat Al-Quran paling disukainya;

pertama dari Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud,

“Sesungguhnya hanya agama yang diterima disisi Allah, ialah Islam”,

dan ayat ke 56 dari Surah Az-Zariat, dimana Allah berfirman yang maksudnya,

 “tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembahKu”.

Begitulah mengakhiri ceritanya.

persoalanya disini, bagaimana pula kita yang juga tidak memahami Al-Quran dan Bahasa Arab. Pernah tak sekurang-kurangnya sekali kita khatam membaca terjemahan Al-Quran? Semoga kisah Isabelle ini menginspirasi kita untuk lebih mengenali Allah melalui Al-Quran.

Diharap kisah yang ringkas ini, dapat memberi kesan yang positif ke dalam hidup setiap kita semua, dan jika anda ingin belajar Al-Quran dari Asas, sila muat turun Aplikasi CEPAT QURAN secara percuma sekarang di App Store dan Google Play.

Feel free to ‘share’ kisah ini, semoga ianya memberi insipirasi pada pembacanya dan dakwah hasanah kepada penulis dan pengirimnya.

“Seronoknya Cinta Al-Quran”

Scroll To Top