Tentang Kami

Ustaz Mohd Izwan bin Ahmad mula mengenali ilmu Al-Quran melalui Ibu dan arwah ayah yang juga merupakan guru Al-Quran di kampung. Mendapat pendidikan sekolah menengah di Madrasah Taufikiah (Pondok PakYa), Kedah. Seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Syed Mawdoodi International Islamic Educational Institute Lahore, Pakistan. Kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UIA Gombak.

Beliau juga Pernah berkhidmat menjadi Guru di sekolah Rendah Lelaki, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, dan guru di Sekolah Menengah Raja Ali di Jalan Ipoh.

Kemudian beliau mendapat tawaran berkhidmat sebagai pensyarah di Taylor’s University selama 8 tahun, sebelum mengasaskan Pusat Pengajian Al-Quran Fatehah.

Beliau juga merupakan GURU AL-QURAN BERSANAD Qiraat A’syarah Riwayat Imam Hasf bin Sulaiman Al-Kufi dari Imam A’sim bin Abi Najud Al-Kufi dari Tariq As-Syatibiyyah. Dan beliau adalah murid kepada Syeikh Muhammad bin Abdun Nabiy bin Abdul Hasib Abu A’la.

Ustaz Mohd Izwan Ahmad adalah susunan sanad ke 14 sehingga IMAM IBNU JAZARI dan bilangan ke 30 sehingga BAGINDA NABI MUHAMMAD s.a.w.

 

Scroll to Top