penyelidikan berkenaan bacaan Al-Quran oleh seorang penyelidik di sebuah klinik di Florida, Amerika Syarikat (AS), Dr. Al Qadhi dalam kajiannya berjaya membuktikan bahawa dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seseorang itu akan dapat merasakan perubahan pada dirinya.
 .
 Perubahan itu melibatkan penurunan tekanan darah, kesedihan berkurangan dan memperoleh ketenangan jiwa. Kajian itu disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung dan regangan otot.
 .
 Hasil ujian itu, beliau membuat kesimpulan, bacaan ayat-ayat al-Quran mempunyai kesan besar sehingga 97 peratus untuk menenangkan fikiran dan menyembuhkan penyakit.
 .
 Kesimpulan itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kajian lain yang dilakukan oleh doktor berbeza. Misalnya, kajian oleh Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston, AS.
 .
 Terlibat dengan kajian itu adalah lima sukarelawan iaitu tiga lelaki dan dua wanita. Kelima-lima mereka tidak memahami bahasa Arab dan tidak diberitahu akan diperdengarkannya bacaan ayat-ayat al-Quran.
 .
 Cajan berkenaan bacaan Al-Quran yang dilakukan sebanyak 210 kali itu dibahagikan kepada dua sesi, iaitu diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dan petikan dalam bahasa Arab yang bukan daripada kitab suci itu.
 .
 Hasilnya, sebanyak 65 peratus responden memaklumkan merasa tenang ketika mendengar bacaan al-Quran berbanding 35 peratus yang menyatakan mendapatkan ketenangan apabila dibacakan ayat-ayat yang bukan daripada kitab suci berkenaan.
 .
 Al-Quran juga dikatakan boleh memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi.
 .
 Menurut beberapa penyelidikan yang dijalankan sebelum ini, bayi berusia dua hari yang diperdengarkan bacaan Al-Quran akan tersenyum dan menjadi lebih tenang.
 .
.
